Nuffnang

Khamis, 8 November 2012

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Anugerah Blokbuster: Malam Cemerlang Buat <b>Syamsul Yusof</b>

Posted: 05 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

SHAH ALAM, 6 OKTOBER 2012: Malam Anugerah Blokbuster yang berlangsung sebentar tadi nyata merupakan malam yang penuh gemilang buat Syamsul Yusof apabila dia meraih lima dari lima belas anugerah yang dipertandingkan.

Anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam ini memenangi gelaran Anugerah Tuan Direktor Terhebat selain turut menerima Anugerah PFM manakala filem-filemnya telah mendominasi kategori masing-masing seperti Anugerah Filem Aksi Terhebat untuk KL Gangster dan Anugerah Filem Takut Terhebat untuk filem Khurafat.

KL Gangster kemudiannya turut diiktiraf Filem Terhebat menewaskan filem lain yang dijangka memberi saingan hebat seperti Ombak Rindu.

Syamsul yang turut dikenali dengan watak Shark dalam filem KL Gangster bagaimanapun tewas mengejut bagi kategori Anugerah Penyangak Terhebat kepada pendatang baru, Fikri Bakar menerusi lakonannya dalam filem Klip 3GP.

Kejutan berlaku bagi kategori Anugerah Hero Terhebat apabila nama yang disebut-sebut bakal memenangi kategori ini iaitu Aaron Aziz tewas kepada Zizan Razak. Kategori Heroin Terhebat pula dimenangi Yana Samsuddin untuk lakonannya dalam filem Bini-Biniku Gangster.

Untuk setiap kategori, pemenang akan menerima sebuah trofi serta wang tunai RM5000 kecuali untuk Anugerah Filem Terhebat dimana pemenangnya menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Anugerah Blokbuster 2011 yang dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM) ini telah dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Pemilihan pemenang dibuat oleh penonton yang membuat undian secara online dan SMS.

Hos bagi malam penuh gemilang ini ialah Afdlin Shauki, Zizan Razak dan Lisa Surihani.

Antara selebriti yang membuat persembahan malam tadi ialah Dato' Siti Nurhaliza, Bunkface, Hazama, Awi Rafael, Amy Search, Ziana Zain, Erra Fazira, Zamani, Alyah serta ramai lagi.

Berikut ialah keputusan penuh Anugerah Blokbuster

Anugerah Filem Terhebat - KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor - Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat - M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat - KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar - Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat - Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat - Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat - Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat - Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat - Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat - Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat - Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat - Tasha Shila (Ratu The Movie)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan