Nuffnang

Ahad, 25 November 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b>: Saya Tidak mahu Aniaya Anak Orang

Posted: 24 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 24 OKT 2012: Sesudah 3 kali mendirikan rumahtangga dan diakhiri dengan perceraian, Raja Pop, Jamal Abdillah akui dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti untuk mengisi ruang kosong hatinya itu.

Sebaliknya, penyanyi kelahiran Perak yang bervokal maskulin emas ini mengakui lebih senang untuk hidup membujang buat masa sekarang.

"Pasal kahwin...nantilah. Saya memang tidak fikir lagi. Lagipun saya tidak mahu aniaya anak orang. Teruk nanti...Lagipun dah 3 kali saya berkahwin," katanya dengan jujur kepada murai.com.my.

Malah, penyanyi yang memiliki banyak lagu hits seperti Kekasih Awal dan Akhir serta Takdir Penentu Segalanya ini turut memberitahu bahawa buat masa ini dia hanya mahu tumpukan perhatiannya terhadap kerjaya dan anak-anaknya.

"Sekarang ini saya tak fikir apa dah. Saya hanya fikir pasal kerjaya dengan anak-anak saja. Tak tahulah nak cakap. Tapi, memang macam dah takde perasaan dah," katanya yang baru menjayakan Konsert Gemilang bersama Dato` Ahmad Nawab dan Dato` Khadijah Ibrahim di Kuantan Pahang, Singapura serta Kuala Lumpur.

Bertitik tolak daripada konsert tersebut, Jamal Abdillah tidak menolak kemungkinan bahawa dia akan melakukan sebuah kolaborasi bersama Dato Khadijah.

Sepanjang 3 tahun mendirikan perkahwinan, Jamal Abdillah dikurniakan 2 cahayamata iaitu Osman Yamani 12, dan Ahmad Zaki Yamani, 6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan