Nuffnang

Isnin, 24 Disember 2012

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Adi <b>6ixth Sense</b> - Saya Tak Kisah - Gua.com.my

Posted: 19 Dec 2012 04:23 PM PST

"Dia 'nervous' dan mungkin 'blank' (pada masa itu) tapi saya tak kisah (jika Alyah tidak mengucapkan terima kasih sewaktu menerima anugerah Lagu Terbaik untuk "Kisah Hati" di Anugerah Planet Muzik 2012) kerana lagu itu telah pun menang dan saya bangga dengan kejayaan lagu tersebut. Janji lagu itu dah menang, saya tak kisah walaupun saya pencipta lagu itu," ujar Adi yang turut memberitahu belum menerima sebarang mesej dari Alyah.

      

Dalam perkembangan lain, Adi telah mencipta beberapa lagu berunsurkan ketuhanan khas untuk penyanyi bersuara lantang, Noryn Aziz. Dia juga sibuk dengan pembikinan video klip 6ixth Sense yang berjudul "Altar Cinta", di samping sedang membuat persiapan untuk memasuki pasaran Indonesia.

"Fokus kita hendak masuk pasaran Indonesia tetapi memang amat susah kerana banyak persaingan walaupun saya sendiri berasal dari sana," katanya kepada GUA.

                       

Selain itu, 6ixth Sense kini mempunyai artis sendiri di bawah naungannya yang diberi nama Sakura, sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang vokalis wanita.

"Produk terbaru kami, Sakura yang akan kami gilap bakat mereka, bakal muncul dengan album yang memuatkan lima buah lagu pada tahun hadapan," kata Adi mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan