Nuffnang

Isnin, 24 Disember 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Saya Tidak Hutang Orang – <b>Fizz Fairuz</b> | MyNewsHub

Posted: 26 Nov 2012 09:27 PM PST

Lazimnya, selebriti sering dikaitakan dengan kehidupan yang mewah kerana setiap kali muncul di khalayak ramai, bukan calang-calang pakaian yang mereka kenakan.

Kalau bukan dari pakaian rekaan pereka tempatan, mereka akan memilih untuk mengenakan jenama mewah lain seperti Dior, Chanel, Louis Vuitton dan sebagainya.

Tetapi kemewahan itu sering disalah ertikan dengan mengatakan ada sesetengah artis ini hanya pandai berlagak saja, sedangkan duit itu mereka pinjam.

Malah, ada yang menuduh artis berkenaan sebenarnya hutang keliling pinggang!

Tempias berkenaan turut terkena kepada pelakon Nur Kasih iaitu Fizz Fairuz.

Terbaru, laman portal GUA ada melaporkan, restoran yang diusahakan Fizz bersama keluarga di Bentong, Pahang terpaksa ditutup gara-gara tidak mampu membayar hutang yang semakin tinggi.

Menurut Fizz yang ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012, dia menafikan desas-desus yang boleh menjejaskan reputasinya.

"Saya tidak pernah pinjam duit dengan orang. Saya hanya pinjam duit dengan bank. Itupun untuk pembelian kereta dan rumah saya.

"Macamana pula orang boleh kata saya pinjam duit sana-sini?," katanya yang dipetik menerusi Gua.com.my.
Tambahnya, memang benar restoran itu terpaksa ditutup tetapi bukan kerana dia tidak mampu membayar hutang seperti didakwa.

"Untuk pengetahuan semua, restoran itu adalah sebuah perniagaan yang diusahakan oleh keluarga saya dan juga beberapa ahli keluarga lain.

"Apabila timbul masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan baik, saya buat keputusan untuk tutup sahaja operasinya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fizz tercalon untuk percalonan awal ABPBH 2012 untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Sumber: Gua.com.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan