Aaron Aziz - Google Blog Search |
<b>Aaron Aziz</b> Kagum Dengan Peserta 'Fear Factor Selebriti Malaysia <b>...</b> Posted: 05 Dec 2012 08:16 PM PST Kalau anda disuruh untuk memasukkan tangan kedalam kotak yang dipenuhi lipan dan cacing, adakah anda berani? Atau mungkin disuruh menyeberangi bangunan dengan hanya berpaut pada tali, mampukah anda? Itulah yang telah diharungi oleh para peserta 'Fear Factor Selebriti Malaysia'. Dibawakan khas oleh Astro Ria, rancangan ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Aaron Aziz sebagai hos program dan bakal menampilkan 30 selebriti tempatan yang telah dibahagikan kepada 15 kumpulan. Menurut Aaron selaku hos program, produser Fear Factor dari Cape Town juga berasa hairan kerana keberanian dan semangat yang ditunjukkan oleh peserta dari Malaysia sangatlah berlainan dari peserta yang sebelumnya.
"Saya respek mereka kerana walaupun sebagai selebriti, mereka tetap tak bagi can dan harungi cabaran seperti peserta biasa," ujar Aaron. Seperti yang anda pernah tonton sebelum ini, FFSM tetap mengekalkan keunikan programnya, namun program ini telah diubah suai serta diberi pembaharuan sedikit agar tidak mengganggu sensitiviti penonton tanah air. Penonton juga akan melihat setiap peserta diuji dari segi mental dan fizikal selain diberi cabaran yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini. Untuk pengetahuan, juara FFSM bakal merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM200 ribu. Disamping itu, pemenang mingguan juga bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10 ribu. Tidak perlulah bercerita panjang, anda nantikan rancangan 'Fear Factor Selebriti Malaysia' yang akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu jam 9 malam bermula 29 Disember 2012, di saluran 104 (Astro Ria). Mari tonton trailer 'Fear Factor Selebriti Malaysia' selepas ini! |
You are subscribed to email updates from Aaron Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan