Nuffnang

Jumaat, 7 Disember 2012

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Nakhoda Nurani: <b>Adi Putra</b> Jadi Ustaz!

Posted: 03 Dec 2012 03:05 AM PST

Sejak akhir-akhir ini ramai golongan selebriti tidak kira wanita atau lelaki yang berhijrah ke posisi kehidupan yang lebih baik. Jika hendak disebutkan satu dua nama, misalnya Norkhiriah, Abby Abadi, Yatt Hamzah, Irma Hasmi manakala yang lelakinya seperti Iqram Dinzly, Aeril dan Syamsul Ghaw Ghaw. Mereka memilih untuk mendekati agama dalam perjalanan hidup mereka. Terkini, dikhabarkan bahawa Adi Putra akan menjadi seorang ustaz. 

Pelakon yang pernah menjadi gangster dalam KL Gangster dan telah memainkan watak romantik dalam Aku Terima Nikahnya, memilih untuk menjadi seorang ustaz. Adi Putra sebelum ini pernah memilih untuk bercerai sebelum membatalkan keputusan itu. Dan beberapa minggu lalu Adi Putra bersama isteri sepakat mengambil anak angkat. Adakah peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidupnya dalam masa terdekat ini seperti dua contoh yang disebutkan memungkinkan Adi Putra telah mengambil langkah drastik menjadi seorang ustaz daripada karier seorang pelakon yang disandangnya kini? Bagaimana pula dengan dunia seni? Adakah akan ditinggalkan terus? Apakah respon Hotlover, iaitu Kelab Peminat Adi Putra tentang keputusan yang diambil oleh pelakon kesayangan mereka ini?

Jawabnya, peminat-peminat Adi Putra sangat gembira dengan keputusan yang diambilnya. Siapa yang tidak mahu lihat variasi perwatakan dalam sebuah lakonan. Begitu juga dengan peminat aktor kelahiran tanah Singa ini. Pemilihan Adi Putra mendukung watak seorang ustaz dalam sebuah filem yang bakal diterbitkan oleh syarikat miliknya itu merupakan satu kejutan buat para peminatnya. Apatah lagi inti pati cerita yang akan diangkat ke layar perak itu merupakan adaptasi novel terbitan Karyaseni berjudul Suami Aku Ustaz!

Pasti di luar sana, ramai yang ternanti-nanti untuk melihat sisi lakon Adi Putra sebagai seorang ustaz. Bagi yang telah membaca novel ini pula, mesti sedikit sebanyak sudah maklum akan jalan cerita dan mampu menggambarkan perwatakan Adi Putra sebagai seorang ustaz dalam filem itu nanti. Kesimpulannya, Adi Putra akan menjayakan watak seorang ustaz di dalam filem dan bukannya beralih kerjaya dalam alam nyata. Saja mahu buat saspen di awal mukadimah bicara. Bagi yang belum baca novel ini, bolehlah dapatkan di toko-toko buku yang berhampiran. Sekarang ini, memang musim adaptasi novel ke drama dan filem. Dan Adi Putra juga tidak ketinggalan daripada tempiasnya. Sehebat manakah penangan naskahh ini nanti? Sama-sama kita tunggu akan hasilnya.


Bersarang kedidi di ranting rendah, Dahanan rimbun jadi teduhan; Sungguh kuhargai kalian menyinggah, Curahan hati mohon ditinggalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan