Nuffnang

Ahad, 23 Disember 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> Terluka Dengan Bekas Kekasih - PjO putrajaya-online

Posted: 27 Nov 2012 08:00 PM PST


EPISOD pisod cinta antara Aliff Aziz dan Anne Ngasri sudah pun berakhir, tetapi liputan media mengenai bekas pasangan kekasih ini nampaknya belum lagi surut.

Seperti yang diketahui, aktres tempatan ini sudah sah bergelar tunang kepada Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno berusia 40 tahun, Mohd Sumali Reduan dan nyata berita tersebut mengejutkan banyak pihak terutama sekali penyanyi kelahiran Singapura ini.

Aliff mengakui bahawa dirinya terluka apabila mengetahui bekas teman wanitanya itu mengikat tali pertunangan dan bakal diijabkabulkan pada 22 Disember depan.

Malah apa yang lebih memilukan, bekas pasangan kekasih ini pernah merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini ketika masih bersama.

"Memang perancangan itu menjadi, namun sayangnya, lelaki yang dipilih oleh Anne bukanlah saya tetapi orang lain.

"Sebelum ini Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika tiada jodoh di antara kami, dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut pilihan keluarganya," ujar penyanyi berusia 21 tahun ini.

Malah pelantun lagu hits "Jangan Ganggu Pacarku" ini pada awalnya menyangkakan jodohnya bersama aktres tersebut selepas terpaut dengan kesempurnaan yang dimiliki oleh Anne.

"Saya sangat mencintainya. Oleh itu apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka. "Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana masalah kesihatan dan pada masa yang sama, saya juga cuba menyembuhkan hati saya ini.

"Tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon agar kesakitan yang saya lalui dapat dikurangkan dan berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia cukup sempurna di mata saya," kata Aliff ketika ditemui di sidang media majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Holiday Villa, Subang Jaya baru-baru ini.

Tidak tahu di mana silapnya, Aliff walaubagaimanapun bersyukur kerana dipertemukan dan berpeluang mencintai aktres berusia 28 tahun itu walaupun hubungan mereka hanya sempat bertahan selama lapan bulan.

"Mungkin saya terlalu ramah dengan orang lain sehingga membuatkan dia ragu-ragu terhadap kejujuran saya sehingga ia mendatangkan masalah kepada hubungan kami. "Kegagalan hubungan ini merupakan satu pengajaran besar dan mengingatkan saya supaya jangan mengabaikan orang yang kita sayangi kerana Tuhan boleh menarik cinta itu dengan serta-merta," ujar Aliff yang turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga Anne kerana telah menyayangi serta melayannya seperti anak sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan