Nuffnang

Ahad, 23 Disember 2012

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


<b>Faizal Hussein</b> Bangga Bunohan Duta Negara Ke Hollywood

Posted: 10 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2012: Aktor hebat, Faizal Hussien akui tidak terkejut selepas filem Bunohan lakonannya tercalon dalam kategori pencalonan awal kategori Filem Asing Terbaik dalam Anugerah Academy ke-85 yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Malah, Faizal Hussien berkata, kejayaan yang dicapai Bunohan itu berjaya menunjukkan satu penanda aras awal bahawa filem arahan Dain Said dan juga dirinya sebagai pelakon boleh melangkah jauh dan bertapak di Hollywood suatu hari nanti.

"Saya tidak terkejut apabila mendapat tahu berita gembira ini, kerana filem Bunohan sendiri sudah terlebih dahulu dibeli oleh syarikat pengedaran luar negara iaitu Oscilloscope Pictures dari Amerika Syarikat.

"Syarikat ini akan memastikan filem yang dibelinya dapat diedar secara komersial ke luar negara dan ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan hasil kerja Malaysia ke mata dunia.

"Saya cukup berbangga dengan pencapaian ini dan berbangga apabila secara tidak langung saya dapat menjadi duta yang mewakili negara kita di Hollywood. Bahkan, saya rasa ini merupakan satu petanda aras bahawa filem Malaysia akan diangkat ke mata dunia suatu hari nanti," katanya kepada murai.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan