Nuffnang

Ahad, 23 Disember 2012

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Mula Dalami Ilmu Islam

Posted: 16 Nov 2012 08:17 PM PST


KUALA LUMPUR: Pengarah filem muda Syamsul Yusof mengakui sedang mendalami ajaran agama Islam sejak kebelakangan ini agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa.


Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata, perubahan itu dilakukan sedikit demi sedikit dengan mendekati golongan ilmuwan Islam selain belajar mendalami agama tersebut menerusi buku.


"Sekarang ini saya mahu mendalami Islam kerana saya merasakan diri ini benar-benar cetek dalam pengetahuan agama.

"Bukan itu sahaja, saya turut berkongsi kepada peminat apa yang telah dipelajari di Facebook dan Twitter.

"Bersempena dengan tahun baru Hijrah ini, tak kiralah daripada segi peribadi dan kerja, saya ingin menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat, Insya-Allah," katanya.


Tambah Syamsul dia juga percaya golongan remaja di luar sana turut mempunyai masalah yang sama di mana mereka masih tercari-cari landasan hidup menyebabkan dia mahu berkongsi mengenai Islam menerusi pelbagai medium termasuk filem.

Syamsul juga berhasrat untuk menghasilkan sebuah filem berbentuk keagamaan untuk golongan remaja.

Sementara itu, pada Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang diadakan pada Rabu lalu, Syamsul yang merupakan penyanyi undangan berjaya mempersembahkan sebuah zikir berjudul Ya Rabbi bersama saudaranya Anwar Fazal Abu Bakar.

Ditanya adakah dia akan bergiat aktif di bidang muzik, Syamsul tidak merancang apa-apa dalam dunia seni tetapi lagu-lagunya mungkin boleh didengar menerusi runut bunyi dalam filem-filem yang dihasilkannya.

"Sebelum ini saya pernah menghantar lagu-lagu saya ke beberapa buah stesen radio tetapi ia tidak dilayan. Mungkin juga lagu berkenaan tidak mencapai tahap piawaian seperti yang dikehendaki.

"Saya anggap bidang muzik mungkin kurang sesuai untuk saya. Namun kerana minat, saya akan menyanyi menerusi lagu-lagu runut bunyi dalam filem yang dihasilkan sahaja," tuturnya.
Syamsul Yusof Mula Dalami Ilmu Islam 10 out of 10 based on 10 ratings. 10 user reviews.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan