Aqasha - Google Blog Search |
Petua Menjaga Kecantikan Daripada <b>Aqasha</b> | MyNewsHub Posted: 15 Dec 2012 01:45 AM PST Bagi mereka yang meminati pelakon dan penyanyi, Aqasha anda mesti tertanya-tanya bagaimana lelaki ini menjaga penampilan. Ini kerana Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli jarang tampil dengan keadaan yang selekeh. Menerusi sebuah blog, Aqasha ada berkongasi petua atau tips khas untuk peminatnya. Mana tahu ia berguna kepada anda. JAGA SUARA Sebelum memulakan persembahan , Aqasha akan meminum banyak air suam . Tujuannya untuk elak tekak kering malah elok untuk jaga suara . Beliau membaca kalimah bismillah 21 kali untuk hilangkan darah gemuruh . JAGA RAMBUT Beliau menyampu rambutnya setiap hari sebb rambutnya mudah berkelimumur . Beliau menggunakan limau nipis , kasturi atau purut pada kulit kepalanya . Biarkan seketika dan kemudian bilas . JAGA WAJAH Kalau penat sangat , kulit wajah mudah tumbuhi jerawat . Dia mencuci mukanya sebelum tidur kerana wajahnya jenis berminyak . JAGA KUKU Dia tak akan membenarkan kukunya panjang kerana mudah melukakan kulit . Jadi , setiap kali potong kuku dia akan meratakannya supaya tak ada kulit kuku yang timbul dan boleh melukakan . JAGA PERUT Dalam seminggu , dia akan ke jim 3 kali . Dia juga akan melakukan sit – up bagi memastikan perutnya tidak buncit . Dia pastikan yang dia tidak ambil makan malam . BERDIET CARA AQASHA Jangan lupakan sarapan pagi kerana ia amat penting untuk beri tenaga pada permulaan hari . Pada waktu tengahari , dia akan ambil makanan berat seperti nasi dan lauk pauk . Pada makan malam lak , dia hanya ambil sup / burger sebagai pengalas perut . Jangan lupakan senaman . Aqasha akan lakukan 2 set senaman setiap hari merangkumi bahagian perut dan membentuk tubuhnya agar kelihatan tegap . Sumber: harumanvee.blogspot.com Iklan Teks: PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Aqasha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan