Fouziah Gous - Google Blog Search |
<b>Fouziah Gous</b> Nafi Sudah Berkahwin Dengan VVIP | OHBULAN! Posted: 16 Dec 2012 04:05 PM PST Pelakon cantik, Fouziah Gous menafikan bahawa dia sudah pun berkahwin dengan seorang VVIP sebagaimana yang dihebohkan oleh beberapa pihak. Ketika ditemui di lokasi pengambaran filem seram, "Sunti@Facebook" baru-baru ini, Fouziah Gous cukup terkejut dan kesal apabila ada pihak yang sengaja menimbulkan isu sensitif seperti ini. "Bagi saya, isu ini sengaja diwujudkan. Mungkin saya tidak ada gosip untuk diketengahkan, jadi timbul isu mengatakan saya kahwin secara senyap. Kalau saya nak kahwin pun, saya akan pastikan perkara baik seperti ini diketahui ramai dan tidak perlu dirahsiakan," ujarnya dengan tegas. Jelas Fouziah lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan tetapi sangat berharap agar pihak berkenaan memeriksa terlebih dahulu kesahihan fakta atau mungkin bertanyakan kepada dirinya dahulu. "Bagi yang membuat gosip ini, sila kemukakan bukti yang mengatakan saya sudah pun berkahwin, tak perlu cakap tanpa bukti. Apa motifnya saya nak kahwin sorok-sorok? Saya rasa kelakar tentang perkara ini dan saya tidak ambil serius, lainlah kalau perkara itu betul-betul berlaku," ujarnya lagi. Menurutnya, dia memang mahu melangkah ke alam perkahwina namun masih belum menemui jodoh yang sesuai lagi buat masa ini. "Hati saya memang nak kahwin tetapi tiada jodoh lagi. Saya seorang yang memilih dan semestinya saya nak pilih yang terbaik untuk hidup saya. Lagi pun saya bukan jenis yang mudah jatuh cinta," jelasnya lagi. Terbaru, Fouziah Gous sedang menjalani sesi penggambaran filem seram "Sunti@Facebook" dan memegang watak Sunti, sorang gadis kampung yang telah dirogol oleh kumpulan remaja lelaki yang dikenalinya. Sunti muncul setelah dua tahun menghilangkan diri untuk membalas dendam kepada kumpulan remaja lelaki yang telah merogolnya melalui laman sosial 'Facebook'. Filem arahan James dan diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya (NSK) ini akan turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Izzue Islam, Lufya Omar, Jenny Cotez, Anas Mentor, dan juga Syazwan Zulkifli. Filem ini bakal menemui penonton pada pertengahan tahun 2013. |
'Beri Bukti Saya Dah Kahwin' – <b>Fouziah Gous</b> | MyNewsHub Posted: 16 Dec 2012 08:58 PM PST KUALA LUMPUR – Pelakon wanita, Fouziah Gous mahu pihak yang mengatakan dia sudah berkahwin dengan seorang berpangkat tinggi (VVIP) tampil memberikan bukti terhadap dakwaan tersebut. Gosip mengatakan pelakon utama drama Sarakit itu baru-baru ini sudah pun berkahwin dengan seorang VVIP secara senyap dan tidak dihebahkan kepada umum. Justeru, Fouziah mahu pereka cerita tersebut tidak memberikan kata-kata kosong, sebaliknya, ia perlu diberikan bukti supaya cerita itu benar atau tidak. Malah, Fouziah merasakan kelakar dengan cerita yang tidak benar itu. BACA: Sharnaaz Maki Shila Di Twitter Kerana Cemburu? "Bagi yang membuat gosip ini, sila kemukakan bukti yang mengatakan saya sudah pun berkahwin, tak perlu cakap tanpa bukti. "Apa motifnya saya nak kahwin sorok-sorok? Saya rasa kelakar tentang perkara ini dan saya tidak ambil serius, lainlah kalau perkara itu betul-betul berlaku," kata Fouziah yang dipetik dari laporan portal OhBulan!. Walaupun gosip itu hadir dan Fouziah merasakan ia sebagai bahan jenaka, wanita itu masih lagi kesal kerana pihak-pihak tertentu masih lagi mencari keburukan dirinya. Fouziah berkata, isu berkahwin senyap itu sengaja ditimbulkan memandangkan kisah hidupnya tidak banyak diperkatakan sekarang ini. Bagi Fouziah, sekiranya sudah tiba masa untuk dia mendirikan rumah tangga, dia akan menghebahkan berita gembira tersebut kepada umum. "Bagi saya, isu ini sengaja diwujudkan. Mungkin saya tidak ada gosip untuk diketengahkan, jadi timbul isu mengatakan saya kahwin secara senyap. "Kalau saya nak kahwin pun, saya akan pastikan perkara baik seperti ini diketahui ramai dan tidak perlu dirahsiakan," katanya. Oleh: NAIMAH SHAARI Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Fouziah Gous - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan