Nuffnang

Rabu, 5 Disember 2012

Atilia - Google Blog Search

Atilia - Google Blog Search


<b>Atilia</b> Akui Bakal Tamatkan Zaman Bujang | MyNewsHub

Posted: 03 Dec 2012 10:16 PM PST

Penyanyi kecil molek, Atilia Haron mengakui dia sememangnya ingin berkahwin tetapi masih belum punya masa untuk menetapkan tarikh perkawinan.

Hubungannya dengan Bots, 34, kini sudahpun memasuki tahun keempat namun masing-masing belum berbincang mengenai masa dan lokasi yang sesuai untuk mengadakan hari bersejarah itu.

Namun, hatinya memang ingin kahwin cepat.

"Saya memang nak kahwin, tapi tidak tahu lagi bila.

"Tahun ini merupakan tahun yang sangat padat dan mungkin perkahwinan saya akan ditunda sehingga Januari tahun hadapan, itu pun belum tentu lagi," katanya yang dipetik menerusi Ohbulan, hari ini.

(KLIK -GAMBAR: Saat Pintu Kaabah Dibuka Dan Tangisan Imam Masjidil Haram)

Atilia menyifatkan yang Bots seorang yang sangat penyabar, pendiam dan mampu membuatkan dirinya selalu tersenyum.

Malah, hubungan yang mereka bina berjalan lancar tanpa ada sebarang gosip liar.

"Alhamdulillah, mungkin saya tidak pernah berahsia tentang hubungan kami dengan peminat, malah saya sering berkongsi di Twitter," katanya.

Menerusi perkembanga terbarunya, Atilia sedang membuat persiapan untuk mengadakan sebuah konsert mini di Jakarta, Indonesia pada penghujung tahun ini.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan