suki oiam - Google Blog Search |
Selepas Berkahwin, <b>Suki OIAM</b> Tak Mahu Anak | OHBULAN! Posted: 04 Dec 2012 08:05 PM PST Penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu, ' Suki One In A Million (OIAM) dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 12 Disember ini. Sebuah majlis tertutup di sebelah pengantin lelaki bakal diadakan di Pulau Pinang dan konsep yang bakal dipilih adalah perkahwinan dalam taman serta diatas sebuah kapal Star Cruise. Menurut Suki, pasangannya Jeremy mempunyai ciri-ciri lelaki idaman dan mereka saling memahami antara satu sama lain. "Dia (Jeremy) selalu bersama saya termasuk berulang-alik dari Malaysia ke Taiwan dan Hong Kong sebelum ini. Saya rasa selamat apabila bersamanya. Dia juga tidak pernah mengongkong saya." "Kami tidak berselindung antara satu sama lain. Dia seorang pendengar yang setia, malah memahami kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Dia sentiasa mahukan yang terbaik buat saya dan kami saling mempercayai," komen Suki mengenai teman lelaki. Dalam pada itu, Suki akui masih belum bersedia untuk bergelar seorang ibu dan penyanyi ini memerlukan masa untuk menstabilkan kewangan serta kehidupan berkeluarga yang bakal dibina tidak lamam lagi. "Soal anak, kami belum terfikir lagi. Tunggulah dua atau tiga tahun sebab buat masa sekarang kami mahu stabilkan kewangan dan kehidupan berkeluarga terlebih dulu." Sumber : Kosmo Online! |
<b>Suki OIAM</b>, Jeremy kahwin 12.12.12 | boyzonne-hijaurimba Posted: 04 Dec 2012 04:33 PM PST KUALA LUMPUR – Juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, mengumumkan bakal menamatkan zaman solo bersama pengurusnya, Jeremy Chong pada 12 Disember ini. Suki yang teruja bakal bergelar isteri kepada Jeremy, 30, tidak lama lagi berkata, tarikh 12.12.12 dipilih kerana ia kebetulan sehari selepas sambutan hari jadinya pada 11 Disember ini. "Saya berasa selesa dan selamat apabila bersamanya apatah lagi dia sentiasa menemani ketika saya mengalami kesusahan. "Saya tidak sabar menanti hari bahagia itu. Perbezaan usia saya dan dia bukan penghalang," kata penyanyi lagu Terlalu Mencintaimu ketika sesi fotografi bersama Kosmo! di sini baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from suki oiam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan