Nuffnang

Rabu, 5 Disember 2012

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


<b>Sazzy Falak</b> & Suami Terjun Menara Macau

Posted: 04 Oct 2012 10:20 AM PDT

..

Pelakon dan pengacara, Shazzy Falak berkata dia berasa puas apabila dapat melakukan terjunan di Menara Macau pada ketinggian 233 meter semasa penggambaran program Destinasi Cinta Bersama AirAsia baru-baru ini.

Memetik kenyataan di mStar Online, dia memang sudah lama menyimpan hasrat untuk membuat lompatan di menara itu yang juga terkenal sebagai lokasi "skyjump" kedua tertinggi di dunia selepas Stratosphere Skyjump di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Dan apabila peluang itu datang, selebriti berusia 31 tahun ini tidak melepaskannya. Tambahan dia memang tiada masalah dengan ketinggian membuatkan aktiviti itu sesuatu yang menyeronokkan.

Menceritakan pengalaman melakukan terjunan itu, Sazzy berkata, peserta hanya perlu berdiri di hujung platform dengan kedua-dua kaki terikat.

Katanya, debaran melakukan "skyjump" itu nyata memberikan cabaran luar biasa dan menyeronokkan selain dapat menikmati pemandangan kota Macau yang menakjubkan walaupun dalam masa hanya 60 saat.

Suaminya, Nazril Idrus, 38, turut melakukan terjunan itu walaupun mempunyai sedikit perasaan gayat.

Aksi Sazzy itu dapat dilihat dalam program Destinasi Cinta Bersama AirAsia yang bakal bersiaran di Astro Ria bermula 17 Oktober depan. Ia akan bersiaran pada setiap hari Rabu pada pukul 10 malam.

- Foto dipetik daripada Instagram Sazzy Falak.

- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan