Nuffnang

Ahad, 2 Disember 2012

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


<b>Bront Palarae</b> Gila Talak, Peluk Bahu Cristina Suzanne? ~ Budak <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 12:17 AM PST

Bront Palarae dan Cristina Suzanne sewaktu di sidang media filem Juwanita, beberapa bulan lalu.
Berikan lah apa saja watak untuk dilakonkan oleh aktor ini, pasti ianya menjadi. Ya, malah penonton akan dapat lebih daripda aktor tinggi lampai ini menerusi interpretasi karakter yang dimainkan. Daripada watak cinta, gengster, sakit jiwa dan sebagainya, Bront Palarae membawakan dengan cukup berkesan sekali. Terkini, pelakon berusia 34 tahun ini mungkin akan diingati pula sebagai Hisyam, lelaki gila talak yang penuh psiko dalam filem terbaharu lakonannya, Lagenda Budak Setan 2 - Katerina. Anda sudah tonton? Kepada yang belum, pastikan anda segera ke pawagam.Memberitahu akhbar Kosmo! hari ini, Bront berkata watak Hisyam telah memberi impak kepada emosinya kerana dia sering membawa watak seseorang yang mempunyai masalah jiwa.

"Ramai peminat rindukan watak santai saya seperti dalam drama Rona Roni Macaroni dan Sinderella, saya juga begitu. Sebenarnya, kalau saya banyak sangat memainkan watak psiko, ia ganggu emosi saya.

"Watak Hisyam memang berat, tetapi pengarah filem itu, Sharad Sharan telah banyak bantu saya," katanya.

Terbaru Bront bakal memulakan penggambaran filem cinta komedi pada Disember ini.

Itu tentang kerjaya. Cerita lain, pelakon berkaliber ini tetap tidak boleh lari dengan kisah cintanya bersama pelakon baharu kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stockstill.

Mereka dikatakan mula menjalin hubungan sejak digandingkan sebagai suami isteri dalam filem arahan Osman Ali, Juwanita. Sementelah hubungan istimewa itu dapat dihidu apabila mereka saling berbalas komen di Twitter beberapa bulan lalu.

MD sendiri pernah bertanyakan kepada kedua-keduanya mengenai sejauh mana kebenaran gossip tersebut. Baik Bront mahupun Cristina Suzanne, masing-masing menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta. Sebaliknya menyatakan mereka berkawan baik.

Bagaimanapun sejak dua tiga hari lalu pasangan ini menjadi bualan hangat gara-gara khabar pada hujung minggu lalu, Bront dan Cristina telah dilihat bersama ke festival Urbanscapes di Petaling Jaya, Selangor. Kehadiran mereka menggamit perhatian apabila Bront dilihat memeluk Cristina sambil berjalan, sekali gus menimbulkan persoalan adakah ia hanya sekadar pelukan seorang teman atau ia bersifat istimewa.

Tambahan ada sumber yang memberitahu MD, Bront dan Cristina dilihat semakin mesra sewaktu sama-sama hadir di malam gala filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina, dua hari lalu.

Bercakap kepada akhbar yang sama, Bront tidak menafikan dia ada memeluk bahu pelakon cantik tersebut, namun katanya itu bukan satu tanda bahawa mereka mempunyai hubungan cinta.

"Saya ke festival tersebut bukan berduaan dengan Cristina, sebaliknya turut ditemani rakan pelakon lain seperti Sharifah Amani dan Nell Ng.

"Seingat saya, saya memeluk bahu semua rakan-rakan yang lain juga, tapi mungkin kebetulan pada waktu itu, orang melihat saya memeluk bahu Cristina," jelasnya.

Tegas Bront lagi, buat masa ini mereka memang tidak bercinta dan dia masih solo.

- http://www.kosmo.com.my
- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan