Diana Amir - Google Blog Search |
<b>Diana Amir</b> Nafi Tunang Campur Tangan Urusan Lakonanya <b>...</b> Posted: 31 Oct 2012 10:58 PM PDT Kemunculan Diana Amir dalam bidang lakonan kini dilihat semakin berkurangan, adakah ini kerana faktor penawaran ataupun faktor sekeliling yang menjadikan beliau lebih selektif dalam memilih setiap watak?. Berkesempatan bertemu denganya baru baru ini memberi peluang buat crew kami bertanya kepada tuan empunnya badan yang kini sudah bergelar tunangan orang. Benarkah tunangnya kini cuba campur tangan didalam urusan kerja seninya terutamanya pemilihan watak yang ditawarkan. Hal ini seperti biasa pantas dinafikanya "Memang tidaklah jika ada yang mengatakan tunang saya masuk campur dalam urusan kerjaya saya sebagai seorang pelakon, sebab setiap watak yang ditawarkan kepada saya memang saya yang akan tentukan sama ada sesuai mahupun tidak dengan penghijrahan saya ini." "Bila saya dah bertudung takkan pula nak bawa watak pegang tangan memang tak lah. Jadi saya akan memilih watak yang sesuai dengan penghijrahan saya. Tunang saya dia memang tak masuk campur pun dalam hal ini tapi dia lebih dalam memberi nasihat dan sentiasa ingatkan saya akan hal dosa pahala." Ujar Diana Amir Menyentuh mengenai tunangnya pula Diana Amir lebih mengambil sikap untuk tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut akan pertunangan & perkahwinannya. Ini kerana beliau ingin mengelak dari timbul pelbagai andaian dan juga cuba untuk mengurangkan kontroversi. Random Posts |
You are subscribed to email updates from Diana Amir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan