Nuffnang

Isnin, 3 Disember 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b>, Engku Emran Sudah Bercerai?

Posted: 13 Nov 2012 05:30 PM PST

cik izyan | 11/14/2012 | 9 Komen

Panas dan juga sensasi berita kali ini. Tidak tahu samada benar atau tidak kenyataan yang telah diberikan melalui laman forum Cari yang menyatakan pasangan suami isteri selebriti, Erra Fazira dan Engku Emran sudah berakhir dengan perceraian pada hujung bulan Oktober yang lalu.

Berita diatas ini ditambah pula dengan kenyataan Erra Fazira dan Engku Emran pada laman Murai pada beberapa minggu yang lalu (artikel Erra masih isteri) yang mengiyakan dakwaan pada persoalan di laman forum Cari terbaru itu.

"Apapun, sama ada jalan seorang ke 'kanan' dan seorang lagi ke 'kiri' yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami," ujar Erra Fazira.

"Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak," ujar Engku Emran.

Tidak dipastikan untuk kenyataan rasmi terkini daripada kedua-dua pihak mengenai soal ini, dan kita berharap rumahtangga mereka berdua masih lagi aman dan bahagia.

Tag: , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan