Nuffnang

Isnin, 3 Disember 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Faizal Tahir</b> Berjaya Kumpul RM80,000 - Gua.com.my

Posted: 29 Nov 2012 10:04 PM PST

Konsert Mini Amal Untukmu Palestin yang disiarkan secara langsung di TV3 malam semalam menyaksikan Faizal Tahir berjaya mengumpul RM80,000 apabila tiga buah trofi kemenangannya dibida dengan harga tinggi.

Trofi yang dilelong adalah trofi Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 untuk Album Terbaik 2008 menerusi album 'Aku Muzik Kamu',  trofi Anugerah Juara Lagu 2003 menerusi Kategori Persembahan Terbaik, serta trofi Anugerah Planet Muzik 2008 menerusi Kategori Artis Lelaki Paling Popular.

Telekom Malaysia (TM) merupakan pembida tertinggi dengan RM50,000. Kumpulan Maybank menyerahkan RM20,000, manakala Celcom Axiata menyumbang sebanyak RM10,000 untuk misi kemanusiaan ini.

Menurut Faizal, dia terkejut dan terharu apabila  lelongan trofi kemenangannya itu mampu meraih sehingga RM80,000. Jelas Faizal, pada awalnya dia mensasarkan RM30,000 hingga RM50,000 sahaja untuk ketiga-tiga trofi itu.

 "Apa yang diperolehi malam ini sebenarnya melebihi jangkaan saya. Saya ingat untuk ketiga-tiga trofi itu, saya hanya mampu dapat sekitar RM30,000 hingga RM50,000. Namun, perkara sebaliknya berlaku. Tak sangka ada pihak yang sanggup membida sehingga RM50,000 untuk sebuah trofi.  Mudah-mudahan tiga trofi yang masih lagi dalam simpanan saya akan dapat bidaan setinggi ini ataupun sekurang-kurangnya RM50,000.

Saya mensasarkan RM100,000 untuk lelongan trofi-trofi kemenangan ini, jadi tidak kisahlah berapa buah trofi yang boleh dijual. Malam ini sahaja kita sudah dapat RM80,000 dan mungkin lelongan kali kedua bersama Aqsa Syarif (organisasi yang memperjuangkan kebebasan Al-Aqsa dan Palestin) nanti kita akan dapat kumpul RM100,000 itu," ujar Faizal.

Mengulas lanjut tentang lelongan trofi tersebut, Faizal akui dia mahu tonjolkan sesuatu yang luar biasa bagi mengumpul dana untuk untuk membantu Palestin kali ini. Baginya, jika sekadar membuat konsert amal, ia sesuatu yang sudah biasa dan mungkin impak yang diperolehinya tidak sebesar mana.

"Bagi saya konsert amal adalah sesuatu yang biasa. Jadi, saya mahu lakukan sesuatu yang boleh memberi impak yang besar kepada masyarakat di luar sana supaya sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan kesengsaraan masyakarat Gaza. Apa yang mampu saya bagi, saya akan bagi. Mungkin dengan cara ini saya boleh beri kesedaran kepada masyarakat untuk  sama-sama turut menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin. Kalau saya boleh melelong barangan yang cukup disayangi, takkanlah masyarakat di luar sana tidak boleh melakukan sesuatu," tambah Faizal lagi.

Wang RM80,000 yang berjaya dikumpul akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang merupakan kerjasama dengan Mercy Malaysia. Tabung ini telah dilancarkan di Karnival Jom Heboh Kuantan pada 24 November lalu.

Konsert Mini Amal Untukmu Palestin yang bersiaran selama satu jam malam tadi turut menampilkan Hafiz Hamidun, Aizat, Kumpulan Raihan, Noh Salleh, Tomok dan Misha Omar. Konsert ini dillhamkan oleh Faizal Tahir dan pihak Media Prima Berhad berbesar hati merealisasikan konsert amal ini dan diharapkan ia mampu mencetuskan kesedaran kepada masyarakat Malaysia untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan kesengsaraan Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan