Wan Sharmila - Google Blog Search |
<b>Wan Sharmila</b> Belum Jumpa Pasangan Yang 'OK' | MyNewsHub Posted: 03 Dec 2012 12:54 AM PST KUALA LUMPUR – Pelakon wanita, Wan Sharmila atau mesra dipanggil Lala mengakui belum berjumpa dengan mana-mana lelaki yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidupnya. Lala yang sebelum ini pernah berkahwin tidak dapat mempertahankan perkahwinannya dan tidak dikurniakan zuriat dalam perkahwinan yang terdahulu. Justeru, Lala memberitahu dia perlu untuk mempunyai sikap memilih dalam mencari teman lelaki yang sesuai untuk dijadikan suaminya satu hari nanti. "Susah nak cari sebab tak ada yang betul-betul OK dan belum jumpa yang 'single' lagi. Memang la orang cakap jangan cerewet, tapi dalam bab-bab macam ini kita kena pilih juga," kata Lala yang dipetik dari portal OhBulan! Adat menjadi artis perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan, mempunyai hubungan cinta dengan suami orang sering dikaitkan dalam cerita dunia hiburan Malaysia. (MENARIK – KLIK – BACA – Penyanyi Program MENTOR, Keena, Angin? Kenapa…) Bagi Lala, dia sebolehnya tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang mempunyai status suami orang berikutan takut dirinya akan dikutuk oleh orang ramai. Namun, Lala menegaskan dia tidak kisah dengan peribadi seseorang lelaki yang dia kenali asalkan dia senang dan mudah berdampingan dengan buah hati sendiri. Malah, Lala sendiri tidak berusaha untuk mencari teman lelaki kerana percaya jodohnya akan datang pada bila-bila masa sahaja. "Kalau boleh memang saya nak elakkan berkahwin dengan suami orang sebab takut nanti orang 'kondem' dan tak elok untuk orang mengata pasal diri kita. Lagipun saya tak kisah lelaki tersebut macam mana asalkan orangnya selesa untuk didekati. "Sekarang ini saya tak mencari, tapi sedang menunggu. Lagipun saya memang suka keluarga yang besar dan suka budak-budak," katanya. Kehilangan Lala seketika dari muncul di majlis-majlis artis menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak. Hakikatnya, Lala baru sahaja selesai menjalani pembedahan sakitnya yang dirahsiakan dan terpaksa membataskan diri untuk bekerja dengan kuat. "Saya baru je lepas 'operation' bulan puasa hari tu. Hampir sebulan saya berada di hospital, tapi selepas dua minggu keluar hospital saya dah mula bekerja, di mana saya ikuti sesi 'photoshoot' di India. "Insyallah 4 hari bulan ni saya ada 'second checkup' dan saya takut sangat. Harap-harap semuanya OK," katanya. Oleh: NAIMAH SHAARI PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Wan Sharmila - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan