Aaron Aziz - Google Blog Search |
Diyana Halik Bukan PA <b>Aaron Aziz</b>, Nafi Tengking Peminat - OhBulan Posted: 30 Jan 2013 01:35 AM PST Menjadi seorang isteri dan juga pengurus peribadi kepada Aaron Aziz bukanlah satu perkara yang dianggap mudah. Dengan tahap populariti serta peminat yang sentiasa menjerit ketika bertemu Aaron, Diyana Halik menggalas tanggungjawab besar terhadap suaminya. Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan tentang aduan peminat terhadap individu yang dikatakan PA Aaron Aziz. Tempias dari situ, Diyana Halik sebagai pengurus telah dilemparkan dengan tohmahan negatif mengatakan dia telah menengking peminat Aaron Aziz. Disebalik perkara yang berlaku, sebenarnya PA tersebut bukanlah Diyana Halik dan ramai orang telah keliru. "Terus-terang, saya bukan PA Aaron tapi pengurus dia. Pada kebiasaan, PA akan bertukar-tukar mengikut majlis yang dihadiri Aaron," ujar Diyana. Menjawab pada tuduhan peminat terhadap Aaron Aziz yang dikatakan mengambil sikap berdiam diri selepas kejadian yang berlaku, Diyana memberitahu, "Dalam kami bergegas, ada sekumpulan peminat menahan kami untuk mengambil gambar. Waktu itu jugalah PA Aaron berkata sesuatu kepada peminat itu. Setahu saya, PA dia tidak pun menengking peminat itu tetapi hanya berkata dalam nada tegas saja." "Walaupun kami sudah betul-betul terlambat, Aaron tetap melayan peminat untuk bergambar bersama. Malah, Aaron siap bertanya ada lagi tak peminat yang belum bergambar ketika itu. Saya betul-betul tak faham kenapa Aaron pula dituduh hanya berdiam diri saja. Padahal dia dah menurut permintaan untuk gambar. Saya agak kesal orang masih cakap Aaron sebegitu." Sumber : Murai |
You are subscribed to email updates from Aaron Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan