Nuffnang

Khamis, 31 Januari 2013

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


<b>Diana Danielle</b> nafi ditahan di Sydney – Perak Today

Posted: 11 Jan 2013 11:01 AM PST

DIANA Danielle menafikan khabar angin yang tersebar sejak semalam kononnya dia ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Isteri kepada pengarah terkenal, Farid Kamil itu menafikan khabar menerusi laman mikro Twitternya, pagi ini.

"Saya tak pernah ditahan di imigresen Sydney. Untuk apa?" tulisnya kira-kira jam 9 pagi tadi.

Pelakon yang kini sedang hamil dua bulan itu masih berada di Sydney atas urusan pengajiannya.

Sebelum ini, dia dan Farid ke Sydney untuk berbulan madu.

"Boleh tolong jangan sebarkan fitnah? Tak ada masalah masuk dan keluar negara pun," tulisnya.

Diana didakwa ditahan di lapangan terbang berikutan usia kandungan yang terlebih had.

Katanya, "cukup dengan cerita yang merepek dan negatif. Saya mahu 'jogging' di sepanjang pantai dalam cuaca yang cantik ini. Bye!."

Khabar ini timbul apabila Farid dikatakan pulang seorang diri selepas selesai berbulan madu di Australia.

Pasangan itu berkahwin pada 3 November lalu.

-SINAR HARIAN

Farid Kamil Nafi <b>Diana Danielle</b> Kena Tahan Di Lapangan Terbang <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 03:50 PM PST

Masih ada lagi desas desus kurang enak yang tersebar walaupun selepas pasangan ini berkahwin & terbaru, ada yang membawa gossip mengatakan Diana Danielle telah di'tahan daripada terbang kerana usia kandungan lebih bulan yang di'hadkan.

Kejadian itu khabarnya telah berlaku ketika pasangan ini ingin pulang ke Malaysia selepas berbulan madu & pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia tidak membenarkan isteri Farid Kamil ini untuk pulang sama.

"Perkara itu tidak benar dan isteri saya masih berada di sana kerana ingin meneruskan pengajiannya," ujar Farid Kamil yang di'temui wartawan Harian Metro baru baru ini.

"Dia (Diana Danielle) sebenarnya mempunyai temuduga untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana"

Farid Kamil turut menjelaskan yang isterinya itu kini tinggal bersama pelajar Malaysia sementara menunggu keputusan temuduga & pendaftaran pelajar selesai — juga bakal bertemu semula akhir bulan ini selepas tamat penggambaran filem.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan