Nuffnang

Khamis, 31 Januari 2013

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


I&#39;M YOURSS...: Hoh! Cousin <b>Aizat Amdan</b> Read My Blog???

Posted: 16 Jan 2013 08:31 PM PST









Mr. S: Eeeehhhhhhhhhh... nie Neena kan??? * OMG!!! apahal cousin Aizat nie tegur aku nie? camne dia boleh kenal aku nie??? btw, aku tahu Mr. S nie adelah cousin Aizat bile Zaa ade bercerita dan kenal kan family members Aizat kat aku waktu kiteorg tengah makan.. tapi kenalkan tu just tunjuk dari kejauhan je lah.. bile nampak ade family members Aizat yg lalu lalang kat area meja makan kiteorg.. then Zaa akan bercerita lah yg nie sapa yg tu sapa...*
Me:  haaaa'aaaaahhhh! *sambil senyum simpul malu sbb cousin retis tegur I youuu!*
Mr. S:  you blogger I'm Yourss kan?  I baca and follow your blog jugak tau!
Me:  Haaaahhhhhhh?? ye keerrrr???? alahaii maluu nya sayaaaa!!! *sambil senyumm sambil tutup mulut*
Mr. S:  Nice to meet you here...
Me:  yeahh.. me too! eerrr.. camne you boleh baca my blog ek? *tetiba nak sgt tahu sbb sumpah cam jakuunnnn gak lah bile ade family retis yg baca blog aku! tu belum lagi retis yg baca.. kalau retis yg baca kot mau aku fengssann! muahahahaha..*
Me: ooooooohhhhhhh... laaaa ye ke?  *masih berasa kemaluannn yg amattt dasyattt*  btw, camne you boleh kenal Ieja ye? *still nak interview cousin retis*
Mr. S:  I dulu satu office ngan Ieja.. now tak lagi dah.. so dia adelah cerita kat I about your blog.. so tu yg boleh tahu tuuu! hehehe..
Me:  laaaaaaaaaaaa.. ye kerrrrrrr??? what a small world kannn... but serious terkujatt sgt nie.. rasa segannn yaaa amat lah plakk! hehehe..
Begitu lah cerita nya... maka sessi berborak santai pun berlaku lah dgn rancaknya! 


So, the moral of the story yg aku nak sampai kan kat sini adelah... kalau tak minat mana² artis.. jgn dok main kutuk² kat blog.. sbb silap haribulan bayangkan lah kot tetiba terjadinya pertemuan yg tak diduga camgini kan? tak ke sadisss bile ade any one of the family members retis tu dok follow blog ko.. sekali dia baca ko dok pulun kutuk darah daging dia.. pastu terjumpa lak secara tak sengaja camgini.. memang kantoiii lah koo jawabnya! hahaha... anyway I memang suke pada bakat Aizat and I'll always support you in the industry... keep up the good work ya! ;)

<b>Aizat amdan</b> di anugerah juara lagu 27 - Aku tulis apa yang aku mahu

Posted: 10 Jan 2013 11:00 PM PST

Ahad lepas baru je berlangsung anugerah juara lagu yang ke 27 kan. Korang tengok tak? Rugi tak tengok, best! Mesti tak habis-habis lagi orang sok sek sok sek pasal kemenangan aizat kan? Katanya tak layak sebab hanya menggantikan ketiadaan yuna. Hai.. dah rezeki dia. Lagipun dia bawa lagu tu memang best ape! Dia arrange lain sikit dari yang asal yuna bawakan lagu tu.

Hmmmm... ada satu komen kat youtube tu, katanya lepas aizat nyanyi lagu 'terukir di bintang' ni dia jadi minat gilerrrrr dengan lagu ni. Hah tu lah penangan si aizat amdan yang kelihatan low-profile ni.

Aku 'cair' bila aizat nyanyi sampai part....
"hati ini bukan milikku lagi..seribu tahun pun akan ku nantikan KA...MU"
(hah yang aku bold dan besarkan ni..cuba korang dengar.hihi)

Sebenarnya sebelum ni aku takdelah hard fan aizat ni. Masa dia kat akademi fantasia pun aku tak tengok (yelah masa tu aku tak pasang astro kot) cuma apa yang aku tengoklah, suara dia memang sedap dan cute bila dia senyum. Hihi.

Dan korang perasan tak memang susah nak tengok dia pakai smart bila buat persembahan? Selalu je pakai t-shirt/jaket dan jeans sahaja. Bersama gitar dia. Tapi malam tu dia smart sangat seh.. yang menarik perhatian misai kontot dia tu. Kelakar tapi masih comel. Lagi yang kelakar bila dia menari. Kihkih. Keras, kaku, kayu. Selamba je aku kutuk. Tapi tu takpe, dia tetap kelihatan macho dan gentle. Pada awal persembahan tu je macam pelik sikit, apehal la si aizat ni bawa cawan ke hulu ke hilir???? Hahaha.

Ohhh... dan sukanya aku kalau aizat betul bercinta dengan yuna. Dorang macam serasi. Nampak low-profile dan matang masing-masing. Dulu dengan liyana jasmay macam tak sesuwei sebab liyana nampak kebudak-budakan dan 'kecoh'.

Apapun tahniah untuk aizat sebab membawa tuah pada lagu ni hingga boleh menang. Dan dah tentulah dia kerja keras jugak untuk jayakan lagu ni kan?? Juga pada yunalis zarai (yuna) pencipta lagu ni. Mungkin jugak aizat dan yuna boleh buat lagu dan nyanyi duet kan?? Hmmm.. gabungan yang best!

Sekian. Tata.

(kalau nak terus membebel panjang lagi ni)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan