Alyah - Google Blog Search |
<b>Alyah</b> Harap Adi 6ixth Sense Tidak Berkecil Hati | MyNewsHub Posted: 18 Dec 2012 10:49 PM PST KUALA LUMPUR – Penyanyi bersuara tinggi, Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah berharap komposer lagu Kisah Hati iaitu Adi (6ixth Sense) tidak berkecil hati dengan dirinya. Alyah juga memohon maaf kepada Adi kerana tidak menyebut nama komposer itu setelah lagu itu diumumkan menang untuk anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM2012) di Singapura, Sabtu lalu. Gosip yang mengatakan Adi terasa hati kerana Alyah tidak merakamkan penghargaan kepada Adi sedang bertiup kencang dalam dunia seni suara ketika ini. Namun, Alyah ikhlas memohon maaf kerana situasi yang berlaku pada malam itu telah membuatkan fikirannya serabut kerana masalah selisih faham dengan dua pereka fesyen tempatan. "Saya ingin memohon maaf kepada Adi kerana tidak menyebut namanya ketika memenangi anugerah tersebut. Saya harap dia tidak terkilan. "Waktu itu fikiran saya berserabut dengan masalah baju dan pada masa sama terkejut kerana memenangi anugerah yang tidak disangka itu. Bukan sengaja enggan menyebut namanya," kata Alyah yang dipetik dari laporan mStar Online. Ekoran dari itu, Alyah berharap agar Adi memahami situasinya pada malam itu yang tidak berniat melupakan jasa komposer yang bernama Manusia Putih itu. "Apa-apa pun, maafkan saya sekali lagi andai kata Adi terasa. Jujurnya saya tidak pernah melupakan jasanya yang mencipta lagu yang sangat menakjubkan itu sehingga menerima penghargaan seperti ini," katanya. Sementara itu, dalam laporan di portal OhBulan!, Adi memaklumkan dia tidak berkecil hati dengan tindakan Alyah yang tidak mengucapkan terima kasih kepada dirinya atas pentas anugerah itu. Bagi Adi, kemenangan Alyah malam itu sudah cukup bermakna buat dirinya. "Bagi saya, asalkan lagu itu dah menang lagu terbaik kira bagus untuk saya sebenarnya. Kalau Alyah tak 'wish' dekat saya, saya tak kisah pun," kata Adi. Beberapa hari lalu, Alyah dan pereka fesyen, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini telah bercakaran di alam Twitter kerana pereka fesyen tersebut marah dengan tindakan Alyah yang tidak memakai baju hasil tangan mereka. Oleh: NAIMAH SHAARI Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan