Nuffnang

Sabtu, 5 Januari 2013

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b> Ingat Pesan Emak Untuk Cantik | MyNewsHub

Posted: 28 Dec 2012 02:44 AM PST


KUALA LUMPUR – Lumrah menjadi seorang artis di Malaysia, setiap penampilan sama ada dari segi pakaian atau solekan di wajah pastinya akan dipandang teliti oleh semua pihak.

Pelakon wanita yang juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Erra Fazira tidak akan pernah melupakan pesan emaknya tentang soal menjaga penampilan diri.

Erra sendiri sudah sedia maklum bidang kerjanya memerlukan dia sentiasa untuk bersolek agar wajahnya dilihat cantik dan berseri.

Namun, dia sendiri mengakui kadang-kadang mempunyai rasa malas untuk bersoleh kerana sudah jemu dengan wajah yang kerap dirias dengan warna-warna yang pelbagai.

"Saya akan sentiasa ingat pesan emak supaya sentiasa menjaga penampilan walaupun di luar waktu kerja. Emak beritahu sebagai selebriti, ke mana saya pergi pasti ada mata yang memandang. Oleh itu saya perlu sentiasa tampil rapi agar tidak menjejaskan periuk nasi.

"Mungkin sudah kerap bersolek membuatkan saya malas mengenakan mekap ketika keluar bersantai. Apabila perasaan malas menerjah, pesanan ibu akan membuatkan saya tersedar. Jadi saya akan segera menggoles gincu ke bibir," kata Erra yang dipetik dari laporan Berita Harian.

Beralih kepada perkembangan lakonannya, Erra mempunyai azam baru yang mahu memantapkan lagi prestasi lakonannya dari masa ke semasa.

Setiap mutu lakonan yang ditonjolkan oleh Erra bukanlah semata-mata mempunyai niat untuk memenangi anugerah.

Sebaliknya, dia mahu peminat-peminatnya sentiasa melihat prestasi lakonannya yang sentiasa berubah-ubah.

"Bila bercakap soal azam, saya hanya terfikir mahu memantapkan prestasi saya dari semua sudut. Terutama sekali bidang lakonan kerana ia periuk nasi saya.

"Bagaimanapun, niat saya hendak memperbaiki mutu lakonan bukanlah disebabkan ingin mengejar anugerah. Sebaliknya, saya mahu peminat melihat peningkatan lakonan saya," kata Erra.

Untuk berkembang dalam dunia nyanyian, Erra masih lagi tidak mempunyai perancangan lain selain fokus kepada bidang lakonan.

Ini kerana singlenya yang terdahulu berjudul Cinta Diam Diam tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan