Nuffnang

Sabtu, 5 Januari 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


PERLAHANKAN RENTAK KERJAYA DEMI ANAK-ANAK - <b>LISDAWATI</b>

Posted: 26 Dec 2012 06:03 PM PST

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)
tell your friends about #ChurpChurp and gets RM1! Join Us!

gambar keluarga lisdawati,lisdawati,fauzi nawawi,gambar anak lisdawatiPelakon Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin juga isteri kepada aktorFauzi Nawawi,  ketika ini jadual kerjayanya lebih bertumpu kepada penggambaran telemovie. Waktu selebihnya diutamakan untuk mendidik dan membesarkan dua orang anaknya, Nur Aina Farhana dan Nur Aina Fazneesya, selain menjadi suri rumah yang disenangi suami.

Luahan Lisdawati : Sekarang ini saya perlahankan rentak kerjaya. Kalau ada penggambaran pun jadualnya tidak terlalu panjang. Tawaran berlakon pun saya terima bergantung kepada karakter yang ditawarkan. Saya lebih banyak menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Bukannya tidak ada tawaran, cuma saya perlu lebih selektif.Tegas Lis, bukanlah saya ini cerewet, cuma pilihan tawaran itu biarlah sesuai dengan peringkat umur. Saya kira, masih terlalu awal untuk memegang watak emak di pertengahan usia 40-an. Lagi pun, belum tiba masanya lagi.Kehidupannya kini cukup sibuk mengendalikan anak-anak perempuannya yang penuh keletah. Baginya ketegasan cukup penting dalam mengendalikan emosi dan permintaan anak-anaknya itu. Apatah lagi, anak-anaknya itu masih di peringkat memerlukan perhatian yang lebih darinya.Untuk anak-anak, mana yang tidak boleh saya tidak akan izinkan. Ada ketikanya, anak-anak akan protes juga tapi setiap kali mereka memberontak, saya akan berikan jawapan yang meyakinkan. Dari situlah mereka belajar.Anak-anaknya yang masih kecil itu ternyata cukup menyenangkan dirinya. Anak sulungnya sudah masuk ke sekolah tadika di Real Kids. Sejak bersekolah, anaknya lebih petah dan lebih mendengar kata. Lisdawati meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sekolah anaknya itu.Namun akuinya lagi, keputusan menghantar anak ke sekolah dilihat sedikit terlewat. Setelah anak sulungnya bersekolah, barulah dia merasakan anaknya itu perlu dihantar dengan lebih awal lagi. Dia juga cukup gembira melihat perkembangan anak-anaknya yang dari sehari ke sehari semakin bijak dan lebih peka.Di sekolah, kakak perlu ambil kelas bahasa Mandarin. Sekarang ini dia dah boleh hafal lagu dari bahasa itu dan sebut dengan tepat dan jelas. Kalau kakak hendak sesuatu dan saya tidak benarkan, saya akan jelaskan dengan baik. Syukurlah dia seorang anak yang memahami dan tidak meraung.Sememangnya saya cukup hormati tugas guru-guru yang mengajar anak saya. Mereka mendidik anak sulung saya itu daripada tidak pandai sampailah ke tahap yang boleh saya banggakan.Sebagai ibu pastilah saya berusaha untuk memberikan bimbingan yang sempurna untuk anak-anak. Sebab itulah, saya susun jadual untuk pastikan saya dapat memberikan yang terbaik kepada mereka.

PENCINTA WANGIAN MOHON LIKE PAGE INI KEDAI PERFUME ORIGINAL GAHARU TANPA ALKOHOL--->>

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

"INGINKAN INFO TERKINI? LIKE PAGE Sahabat Currentlife2uDotCom"

Incoming search terms:

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Komen