Nuffnang

Sabtu, 5 Januari 2013

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


Kelewatan Jadi Penyelamat Nyawa <b>Iqram Dinzly</b> – Perak Today

Posted: 07 Nov 2012 05:14 AM PST

Pelakon Iqram Dinzley bernasib baik apabila terselamat daripada terlibat dalam kemalangan yang membabitkan van krew program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) pada Selasa.

Iqram berkata, dia sepatutnya menaiki van terbabit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, di sini sebelum berlepas ke Pulau Langkawi bagi menjalani penggambaran episod akhir program tersebut, namun terpaksa menaiki van lain kerana tiba lewat di tempat menunggu di Sri Pentas TV3, Bandar Utama di sini.

"Rasa tak sangka pula kelewatan saya tidak mengikut 'call time' seperti yang ditetapkan ada hikmah di sebaliknya.

"Saya tiba di Sri Pentas beberapa minit saja selepas van pertama beredar dan menaiki van yang kedua bersama krew lain. Ketika dalam perjalanan, kami terkejut apabila melihat van yang pertama terlibat dalam kemalangan sehingga terbalik.

"Pemandu kami terus berhenti di tepi jalan dan membantu krew yang masih berada dalam van pertama untuk membawa keluar," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Akhbar pada Selasa melaporkan seramai tujuh kakitangan TV3 cedera apabila van dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan akibat dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Persiaran Bandar Utama, dekat sini.

Mangsa yang juga merupakan krew JJCM dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dari Sri Pentas masing-masing mengalami cedera parah, patah kaki, pinggang dan hidung.

Mereka kini sedang dirawat di Pusat Perubatan KPJ Damansara dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Tambah Iqram, walaupun dia tidak terlibat dengan kemalangan tersebut, dia tetap berasa trauma mengenangkan kejadian yang berlaku di mana dia juga mungkin cedera parah seperti krew-krew yang terbabit jika berada dalam van pertama.

"Jujur saya katakan, perasaan trauma turut wujud dalam diri saya walaupun saya tidak terbabit dengan kemalangan itu.

"Saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada malapetaka itu. Tetapi nak buat macam mana, benda dah terjadi. Jika difikirkan secara logiknya, memang agak pelik bagai manakah kemalangan itu boleh berlaku sehingga menyebabkan van terbalik dan kebanyakan krew cedera parah," ujarnya.

-mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan