Nuffnang

Ahad, 13 Januari 2013

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b> masih popular – Perak Today

Posted: 13 Jan 2013 12:25 AM PST

TIADA siapa boleh menidakkan kehebatan lakonan pelakon cantik, Fasha Sandha, yang sering meninggalkan kesan dalam setiap watak yang digalasnya.

Apa jua watak yang dipegang, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 29, pasti tidak mengecewakan peminat.

Kehebatan lakonan Fasha terbukti apabila bintang ini merangkul Anugerah Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) dua kali berturut-turut pada 2010 dan 2011.

Pada ABP 2012, nama Fasha sekali lagi dicalonkan sebagai Top 5 bersama empat pelakon lain seperti Siti Saleha, Nabila Huda, Izara Aisyah dan Neelofa.

Menganggap ianya sebagai rezeki anak, Fasha melahirkan rasa syukur kerana masih diberi penghargaan daripada peminat.

"Alhamdulillah, saya tidak sangka masih ada peminat yang sudi mengundi walaupun sekarang saya sudah jarang muncul di kaca televisyen.

"Lakonan terakhir saya adalah drama bersiri slot Zehra, Runtun Qalbu. Mungkin ada peminat yang mengikuti drama itu.

"Selepas itu, saya sudah tidak menerima sebarang tawaran untuk menjaga kandungan pertama ini. Mungkin saya akan mula aktif selepas tempoh berpantang nanti," katanya yang pernah memenangi Anugerah Pelakon TV Wanita Popular ABP 2005 dan 2006.

Selain itu, Fasha turut merangkul Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular ABP 2006 dan 2007.

Rezeki anak

Bakal melahirkan bayi sulungnya, hasil perkahwinan bersama pelumba kereta, Rizal Ashram Ramli, 3, pada awal Februari ini, akui Fasha tidak sabar untuk menyambut kelahiran pertama itu. Malah, menurut Fasha, sepanjang tempoh kehamilan, dia dan suami menganggap bayinya itu membawa tuah dan rezeki.

"Mungkin inilah yang dikatakan rezeki anak. Bukan sahaja tercalon dalam ABP tahun ini, malah saya juga mendapat tawaran menjadi duta produk kecantikan dan barangan bayi.

"Walaupun saya belum bersalin lagi, saya sudah mendapat tawaran itu. Begitu juga dengan kemenangan suami dalam kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia, di tempat kedua pada tahun lalu.

"Ia adalah rezeki tidak terhingga buat kami sekeluarga. Begitu juga dengan ikatan kekeluargaan yang semakin baik dengan kehadiran bayi ini," katanya yang masih berteka-teki mengenai jantina bayi.

Berpantang secara tradisional

Seperti kebanyakan wanita bersalin lain, Fasha juga memilih untuk mengikut cara tradisional dalam tempoh berpantang.

Kata Fasha, berpantang secara tradisional lebih baik berbanding moden kerana ia mampu mengembalikan semula struktur badan selepas melahirkan anak.

"Walaupun nampak sukar dan leceh, namun saya percaya pada cara tradisional. Selepas bersalin, badan kita akan berubah dan cara yang berkesan adalah dengan mengembalikan semula bentuk badan asal.

"Saya risau kalau badan saya naik, jadi cara inilah yang paling berkesan dan sering menjadi amalan keluarga saya.

"Mungkin saya akan menjalani tempoh berpantang selama 100 hari untuk kembalikan tenaga dan kesihatan yang baik," katanya.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan