Lisa Surihani - Google Blog Search |
Wawa Zainal Nafi Pengganti <b>Lisa Surihani</b> - Gua.com.my Posted: 10 Jan 2013 10:44 PM PST Setelah tamatnya kontrak pelakon cantik Lisa Surihani bersama pengurusan Metrowealth (MiG) dan dia mengesahkan tidak lagi bersama syarikat produksi tersebut, ramai yang membuat spekulasi mengatakan pendatang baru, Wawa Zainal merupakan penggantinya. "Tidak layak untuk meletakkan diri saya sebagai pengganti Lisa Surihani kerana seperti semua sedia maklum dia merupakan kesayangan para peminat dan merupakan 'sweetheart' mereka. Justeru, saya berusaha sekuat mungkin agar tidak mengecewakan para peminat dengan cara saya sendiri," kata Wawa ketika majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3 semalam.
Wawa menangkis ura-ura mengatakan yang dirinya dikongkong oleh MiG malah dia sangat berterima kasih kepada syarikat produksi tersebut yang banyak memberikan peluang kepadanya untuk mencipta nama dalam industri seni tempatan. "Alhamdulillah, rezeki tidak putus sejak pertengahan tahun lepas dan saya menganggap peluang ini sebagai pembuka ruang untuk saya terus berkembang dalam bidang seni. Boleh dikatakan yang orang ramai sudah mula menghargai bakat saya," ujar Wawa. Mengakui tidak begitu memilih menerima watak, Wawa berkata dia menerima saja tawaran berlakon yang diberikan sebagai proses pembelajaran. Dia ingin memantapkan lagi mutu lakonannya dan tidak ingin dianggap hanya bergantung kepada rupa semata-mata.
Bagi Wawa, untuk kekal lama dalam industri seni bukanlah mudah kerana seseorang itu perlu mempunyai bakat dan berdisiplin. Rupa pula merupakan bonus untuk pergi lebih jauh dan lebih dikenali oleh para peminat. Wawa bakal menemui para peminat menerusi filem terbaru arahan Hashim Rejab yang berjudul 'Longkai', yang turut membariskan para pelakon seperti Erra Fazira, Faizal Hussein, Dira Abu Zahar, Zul Suphiaan, Black Mentor dan ramai lagi. |
RM50,000 Hilang Dalam Akaun Bank <b>Lisa Surihani</b> | Posted: 13 Jan 2013 07:19 PM PST Malang memang tidak berbau. Dan yang ini bukan sahaja tak berbau, malah tak akan disedari jika ibu Lisa Surihani tidak cuba mengeluarkan wang pada hari Jumaat lalu. RM50,000 adalah satu jumlah yang sangat besar lebih-lebih lagi kepada rakyat marhaen seperti Abang Nara ini Ketika ibu Lisa Surihani membuat semakan baki kira-kira jam 10.30 pagi di Bangi, dia menyedari jumlah baki yang ada berkurangan daripada apa yang sepatutnya. Pihak bank kemudiannya memberitahu yang kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya. Laporan polis telah pun dilakukan dan siasatan kini sedang dijalankan. Semoga Lisa tabah dengan dugaan ini. Sekarang ini memang macam-macam cara penipuan yang wujud. Diharap pembaca BeautifulNara turut berhati-hati. Masa keluarkan duit, sila perhatikan kiri kanan depan belakang dulu. P.S: Tin minuman soda versi Angry Bird Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Lisa Surihani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan