Nuffnang

Ahad, 13 Januari 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


&#39;saya dan rita rudaini dah okey&#39; - <b>lisdawati</b> - ammboi dot com

Posted: 12 Jan 2013 07:00 PM PST

'Saya Dan Rita Rudaini Dan Okey' – Lisdawati | Imbas kembali kisah hangat sekitar tahun 2006 apabila berlakunya pergaduhan antara Rita Rudaini dan Lisdawati. Kejadian berlaku di tepi kolam renang ketika sesi penggambaran itu menjadi bualan hangat ramai. Pada mulanya mereka disangkakan ketika itu benar-benar menghayati watak untuk drama 'Kau Yang Ku Sayang' tetapi rupa-rupanya betul-betul bergaduh.

Setelah insiden tersebut, Lisdawati dan Rita Rudaini tidak lagi digandingkan dalam layar perak mahupun sesi fotografi. Kini sudah 2013, Lisdawati menjelaskan hubungannya dengan Rita Rudaini dah kembali pulih. Ibarat buang yang keruh ambil yang jernih. Buat apa simpan perkara tak elok sebegitu. Oleh itu, mereka berdua akan kembali bekerjasama digandingkan dalam drama terbaru arahan Murali Abdullah, Kerana Sarah.

"Saya dengan Rita okay. Kami kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Kerana Sarah. Selepas sekian lama sejak kejadian tu (gaduh) baru ni kami bersua dan berlakon bersama. Sebelum ni memang ada saya menerima panggilan dari beberapa pihak media yang mahu menggandingkan kami dalam sesi fotografi, tetapi selalu tak jadi. Mungkin juga kerana jadual Kak Rita yang terlalu padat", kata Lisdawati kepada malaysiandigest.com.

Lisdawati Dan Rita Rudaini

Tambah Lisda, sepanjang di set penggambaran Kerana Sarah, mereka berdua tiada apa-apa masalah. Masing-masing bersikap profesional.

"Untuk babak saya dengan Rita, kami akan jalani penggambaran selama 10 hari. Sekarang ni baru tiga hari di set. Saya memengang watak antagonis dan dia pula watak baik. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Lebih baik kita tutup cerita lama. Yang penting, silaturrahim antara saya dan Kak Rita telah pulih dan kembali terjalin. Saya bersyukur kerana maklum balas dari Kak Rita juga baik. Saya harap tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan", katanya.

CARIAN BERKAITAN

  • drama kerana sarah-rita rudaini& lisdawati (1)
  • kerana sarah (1)

Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan