Nuffnang

Khamis, 3 Januari 2013

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Akui Tidak Rapat Dengan Yana Samsudin

Posted: 03 Jan 2013 04:00 AM PST

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 3 JAN 2013: Pelakon Intan Ladyana menafikan gosip yang mengatakan bahawa hubungannya dengan Yana Samsudin kini sedang dingin sehingga dia menolak tawaran untuk digandingkan bersama dengan aktres tersebut dalam sebuah drama.

Malah Intan Ladyana berkata, hubungannya dengan pelakon filem Adnan Sempit itu memang tidak pernah rapat dan dia masih lagi mengekalkan hubungan seperti itu dengan Yana Samsudin sehingga kini.

"Saya terkejut dengar cerita ini sebab hubungan kami memang tiada apa-apa masalah setakat ini. Jadi, bagaimana cerita begini boleh timbul? Memang selepas drama Bini Bini Ku Perkasa saya telah diminta untuk berlakon di bawah drama syarikat produksi lain oleh syarikat produksi naungan saya iaitu Metrowealth (MIG).

"Saya tidak tahu pula kalau ada produser yang mahu kami berganding bersama selepas Bini Bini Ku Perkasa. Apa yang saya tahu sekarang ini saya sedang terikat dengan drama bersiri 26 episod berjudul Mencintaimu untuk RTM.

"Saya rasa tidak wujud apa-apa masalah di antara kami kerana saya dengan Yana bukan tidak mahu menjalinkan hubungan yang baik tetapi memang kami tidak pernah rapat. Malah bukan dengan dia sahaja tetapi dengan artis lain juga begitu kerana saya tiada masa untuk melepak bersama mereka," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan hubungan mereka berdua renggang dan wujud perselisihan faham apabila kedua-duanya mengelak untuk digandingkan bersama dalam sebuah drama setelah selesai penggambaran drama Bini Bini Ku Gangster

Intan yang kini sedang menjalani penggambaran drama Mencintaimu sebanyak 26 episod itu bakal muncul dalam sebuah filem terbitan MIG berjudul Pada Suatu Ketika Dahulu pada 21 Februari depan.

Betul Ke <b>Intan Ladyana</b>, Yana Samsudin Tak Sebulu? – Perak Today

Posted: 03 Jan 2013 04:16 AM PST

Bila sebut sahaja nama dua orang pelakon ini iaitu Intan Ladyana dan Yana Samsudin, Murai Batu pasti teringat gandingan mereka dalam filem Bini-Bini Ku Gangster dan drama bersiri Bini- Bini Ku Perkasa.

Mana taknya, gelagat mereka sangat mencuit hati di dalam filem dan drama itu kerana mereka merupakan dua orang bini yang menjadi isteri kepada seorang suami. Dalam filem itu suami mereka adalah pelakon Shaheizy Sam, sementara dalam drama bersirinya, watak yang menjadi suami mereka ditukarkan kepada pelakon Fezrul Khan.

Kebetulan, Murai Batumemang tonton dalam filem dan drama yang mereka digandingkan itu jelas mereka ni memang tidak sebulu dan asyik berperang serta bergaduh untuk mengambil perhatian seorang suami yang mereka kongsikan. Namun semua itu dikomedikan dan Murai Batu pun tak kering gusi lihat gelagat mereka.

Tapi, apa yang Murai Batu dengar baru-baru ini daripada seorang rakan Murai Batu mereka ni sebenarnya memang benar-benar tidak sebulu walaupun di luar lokasi penggambaran. Apa? Macam tak percaya je apa yang Murai Batu dengar!

Murai Batu dapat tahu, drama Bini Bini Ku Perkasa adalah drama terakhir mereka kerana selepas itu mereka meminta untuk tidak digandingkan bersama di dalam drama yang telah ditawarkan kepada mereka berdua baru-baru ini.

Puncanya Murai Batu sendiri tidak dapat kesan. Cuma Murai Batu ada dengar-dengar mereka ni ada perselisihan faham sehingga menyebabkan mereka tidak mahu lagi bekerjasama.

Entahlah, Murai Batu pun tak dapat pastikan kerana mereka sepatutnya tidak boleh bersikap begitu kerana masing-masing berada di bawah satu bumbung iaitu syarikat produksi yang sama.

Apa-apa pun, Murai Batu harap cerita yang Murai Batu dengar ni tidak betul dan jika betul pun minta segeralah berbaik-baik. Yelah, industri kita ni bukan besar, balik-balik mereka akan bertemu dengan muka yang sama juga kan?

-murai.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan