Nuffnang

Khamis, 3 Januari 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


<b>Que Haidar</b> Ketepikan Jiwa Lakonan Demi Keluarga - Gua.com.my

Posted: 29 Oct 2012 09:00 AM PDT

Para peminat yang merindui lakonan Que Haidar bakal terubat dengan kemunculannya menerusi filem Rock Ooo Rimba Bara (Rock 2) yang bakal berada di pawagam Mac tahun hadapan. Tindakan yang diambil oleh pelakon berbakat tersebut untuk bersara dalam industri sedikit sebanyak mengecewakan pelbagai pihak.

Que telah menyumbangkan suaranya untuk salah satu babak dalam filem Rock 2 bagi menjayakan wataknya sebagai Amy Mat Piah. Dia tidak mengetahui yang dia perlu menyanyi dalam filem tersebut menganggap yang di hanya perlu 'miming' lagu Teratai namun berpendapat yang babak itu memberi pengalaman baru kepadanya.

Kurang berkecimpung dalam dunia lakonan, Que mengakui yang dirinya memandang pelbagai aspek sebelum menerima sesuatu tawaran. Faktor-faktor seperti masa, lokasi, watak dan skrip tidak dinafikan diambil kira.

"Saya menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Rock 2 arahan Mamat Khalid kerana merasakan ini adalah skrip terbaik yang dihasilkan olehnya setakat ini. Manakala kebanyakan pelakon yang terlibat dalam filem ini juga merupakan kawan lama saya," kata Que ketika ditemui di majlis cukur jambul anaknya baru-baru ini.

Dia turut menambah yang Mamat Khalid merupakan pengarah terawal yang mempercayai bakatnya sedari di Akademi Seni Kebangsaan lagi. Que mengakui dirinya rindu untuk datang ke set penggambaraan kerana hampir setahun tidak menjejakkan kaki ke lokasi tersebut.

Que yang baru keluar dari hospital kerana demam yang agak lama kelihatan begitu ceria menceritakan mengenai keletah anak sulungnya, Tengku Ratu Haidar. Ratu begitu rapat dengan adiknya, Tengku Cleopatra Haidar dan sering membuatkan adiknya ketawa.

"Ratu dilihat lebih kearah dunia seni kerana cukup suka menari dan saya nampak bakat yang ada padanya walaupun usianya baru 3 tahun. Saya dan Linda bercadang untuk menghantarnya ke kelas ballet untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang tarian," ujar Que.

Tiada ulasan:

Catat Komen