Aliff Aziz - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Aliff Aziz</b> Akui Adira Teman Rapat, Adira Enggan <b>...</b> Posted: 13 Feb 2013 04:49 PM PST Kredit gambar: Instagram Aliff Aziz Baru-baru ini, Aliff Aziz telah memuat naik gambarnya bersama Adira, masing-masing berposing dengan sepasang cincin yang serupa rekabentuknya. Ekoran dari itu, timbul spekulasi jika Aliff sudah menemui cinta baru. Walaupun tidak jelas menyatakan status hubungan mereka, namun Aliff mengakui kepada Kosmo, Adira merupakan rakan dan teman paling rapatnya, yang banyak menguatkan semangat mentalnya.
Mula rapat selepas dia pulih daripada kekecewaan percintaan lalu, Aliff juga berkongsi mereka selesa bersama dan ada keserasian. Bila ditanya pula Adira tentang status hubungannya dengan Aliff, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia ini memberitahu Utusan Malaysia dia tidak mahu mengulas lanjut. Katanya, ia hanyalah gambar dan dia tidak kisah jika peminat terus membuat spekulasi tentang foto itu.
|
Kena Perli – <b>Aliff Aziz</b> Nyaris Tumbuk Pengacara Wanita | ROTIKAYA Posted: 13 Jan 2013 06:16 PM PST Boleh tahan juga cepat marah penyanyi bernama Aliff Aziz ini namun apabila membaca sebab kenapa selebriti ini naik angin, masuk akal juga — sesiapa pun boleh hilang pertimbangan. Menurut Aliff Aziz sendiri, dalam satu persembahan baru baru ini seorang pengacara wanita bertindak tidak professional dengan mengutuk & memerli beliau di'atas pentas sebelum tampil membuat persembahan. Memang saya sangat bengang dengan pengacara wanita yang mengendalikan sebuah persembahan baru-baru ni. Kalau ikut marah memang rasa nak tumbuk sahaja tapi tak mungkin saya buat macam tu. "Dalam sebuah acara baru-baru tu, sementara nak umum saya menyanyi, dia boleh kutuk dan perli saya macam-macam. Katanya lagu saya yang satu saja popular dan macam-macam kutukan yang buat saya panas hati" "Masalahnya apa yang dia cakap tu memang menyakitkan hati saya dan memang tak bertimbang rasa. Kalau nak buat lawak pun biarlah kena pada tempat," ujar Aliff Aziz menjelaskan situasi. "Bukan main hentam keromo sampai buat saya rasa kurang senang dan tak ada mood. Jadi saya anggap pengacara macam ni tak profesional dan memang perlu banyak belajar untuk jadi orang yang hebat" |
You are subscribed to email updates from Aliff Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan