tomok - Google Blog Search |
Isteri Sebagai Pengkritik Utama Lakonan <b>Tomok</b>. Posted: 29 Oct 2012 08:08 AM PDT
Bidang lakonan filem yang merupakan kerjaya terbaru Penyanyi Tomok turut dikongsi bersama isteri tersayang Rahayu Abas atau lebih dikenali dengan panggilan Ayu. Ianya diperakui sendiri Tomok yang menjelaskan Ayu akan sentiasa memastikan dirinya menjalani latihan lakonan dengan lebih komited sebelum memulakan sesi penggambaran. Malah isterinya turut bertindak selaku pengkritik utama bagi memperbaiki mutu lakonannya semakin baik.
Sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan, Tomok mengakui latihan di dalam set penggambaran tidak cukup untuk dirinya beraksi lebih berkesan di layar perak. "Saya sedar, sebagai pendatang baru di dunia lakonan, banyak perkara yang perlu diasah. Walaupun ada sesi pembacaan skrip bersama pelakon lain, rasanya ia tidak cukup untuk saya bersedia di set. Maka latihan berlakon akan disambung di rumah pula di mana Ayu menjadi gandingan watak saya. Alhamdulillah, saya bersyukur dan bertuah kerana ada dia," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Filem arahan Bernard Chauly yang dijangka berada di pawagam pada 8 November ini turut dibintangi arahan Beto Kusyairy dan penyanyi Aizat. |
AkU daN rEaLiTi: Surat Untuk Sahabat Pena (<b>TOMOK</b>) Posted: 17 Jan 2013 01:21 AM PST kringggg.............................!!!! loceng rehat berdering... kitaorang baru jer habis kelas bahasa Melayu, Cikgu Rohida ada bagi kerja rumah yang tak berapa nak rumah la sangat, dia minta kami cari seorang sahabat pena. Bab cari mencari ni la yang aku tak suka.. terus terlintas ada langgan buku KUNTUM kat rumah 3 tahun lepas. aku syak mesti ada makwe-makwe comey dalam tu nak jadi sahabat. Member aku Mek Sya lagi America, katanya nak cari sahabat pena dalam buku Mangga. Memang jenis dasar suka baca majalah gosip. Dorang ni sanggup pergi sekolah waktu rehat tak makan sebab nak kumpul duit beli majalah mangga semata-mata nak kan gambar 3R artis yang mereka suka posing separuh bogel tepi kolam dengan tagline "bersenam untuk kesihatan" katanya.. Husin dengan Fadli sibuk nak ke pekan beli komik Gempaq. katanya ada makwe-makwe anime dalam tu, boleh jadi sahabat. Aku tinggalkan mereka sebentar, dalam kepala masih berpusing nak cari kat mana lah sahabat pena ni.. bencinya lahai....balik rumah aku ada juga belek-belek buku KUNTUM untuk mencari makwe-makwe yang berkenan di hati, sorang pun tak berkenan. Tetibe aku teringat yang aku ada seorang kawan kat Melaka, Nama dia Nur Amyliza Binti Zainal Abidin. mungkin dia adalah calon sesuai untuk AKU. ok malam ni tutup buku, kemas pencilbox, tukar jadual, iron baju (bab iron baju ni aku saje menipu sebab hari-hari mak aku yang tolong ironkan) besok aku nak datang sekolah awal sebab nak siapkan surat untuk Amy. Sebab cikgu Rohida nak baca dulu sebelun kami pos ke sahabat pena kami. Besok dalam kelas aku sampai awal pukul 6.35am. aku bukak pencilbox keluarkan kertas kajang dan mula menulis. 7.15am siap jugak, tak sesia aku datang awal hari ni. Dari meja depan kedengaran suara budak perempuan menjerti menjerit macam kena rasuk setan. Wei Suzie tulis surat dekat Tomok. pastu ada beberapa buah majalah mangga atas meja mereka. mereka menjerit lagi bagai orang gila. Aku bangun terus kemeja dia, aku rampas surat tu dan aku koyak dua, gila ape tulis surat nak terkinje-kinje macam orang gila. Dan Suzie MC seminggu lepas kejadian tu. Dan besoknya aku kena panggil dengan Cikgu Rohida kerana dalam surat aku ada Bedak dan gambar 3R dimana aku tengah posing maut dan seksi.. kata cikgu ni bukan surat untuk sahabat pena tapi ni surat CINTA. #ehh cikgu ni, semalam kata boleh tulis ape sahaja, Aku keluar dari bilik guru, ikat tali kasut dan aku pergi tanpa menoleh kebelakang sambil menjinjing sebelah kasut Bonia saiz 5 yang akan aku lontar kan ke bumbung kantin 5 min lagi. Dan aku ada dengar juga ura-ura cikgu Rohida nak sembahyang hajat pada siapa yang baling kasut dia. memang jahat tak patut. |
You are subscribed to email updates from tomok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan