Fida Ibrahim - Google Blog Search |
Saya Yakin Saya Tidak Bertepuk Sebelah Tangan – Zalif Sidek <b>...</b> Posted: 06 Nov 2012 04:10 PM PST "Saya yakin saya tidak bertepuk sebelah tangan kerana Fida sendiri yang mengakui dulu kepada umum yang kami sedang berkawan rapat." Itulah kenyataan Zalif Sidek yang dipetik dari laporan Gua apabila ditanya mengenai hubungannya bersama Fida Ibrahim, bekas kekasih Mamat Sepah. Zalif yang popular melalui filem 'Papa, I Love U' dalam kenyataannya turut memberitahu bahawa dia terkejut dengan kenyataan Fida sebelum ini kepada media tentang hubungan mereka. Dalam kenyataan tersebut, Fida memberitahu bahawa dia dan Zalif Sidek sedang berkawan rapat dan dia tertarik dengan sifat dan keikhlasan Zalif. "Saya sendiri terkejut bila ada kawan yang memberitahu saya mengenai kenyataan Fida dan saya harap perhubungan kami akan terus terjalin sampai bila-bila," jelas Zalif lagi. Namun begitu, Zalif secara jujur menjelaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar kawan rapat dan masih di peringkat kawan biasa lagi. Kali pertama mereka mula berhubung ialah ketika Zalif bertemu Fida di Karnival Jom Heboh sekitar Ogos lepas dimana Zalif meminta nombor BB pin Fida. "Ya, saya akui kami berkawan rapat namun status kami hanya sebagai kawan biasa saja. Secara jujur, saya yang nak berkawan dengan dia selepas bertemu dengan dia di Karnival Jom Heboh pada Ogos lalu. Saya minta nombor BB Pin dia dan kami terus berhubung sehingga sekarang," ujar Zalif kepada rakan media, Gua. Baguslah kalau begitu, jika menjadi, semoga Zalif dan Fida bahagia bersama. |
You are subscribed to email updates from Fida Ibrahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan