Fahrin Ahmad - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Fahrin Ahmad</b> Jadi Penyanyi - Gua.com.my Posted: 12 Feb 2013 01:11 AM PST Jika dilihat senario industri muzik tempatan ketika ini, bukan mudah untuk seseorang penyanyi untuk meraih populariti. Apa lagi mengekalkan populariti. Baik penyanyi wanita mahupun lelaki. Sebab itu tidak hairan apabila ramai penyanyi yang hilang bagaikan angin lalu. Malah, ramai juga penyanyi yang beralih angin dengan mencuba bidang lakonan seperti Ezlyn, Awie, Elly Mazlein dan Aqasha. Tetapi lain pula halnya dengan pelakon dan pengacara kacak ini. Fahrin Ahmad tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergelar penyanyi setelah hampir 10 tahun bergelar pelakon. Jelas Fahrin yang ditemui baru-baru ini, semuanya berlaku tanpa perancangan. "Saya menyahut cabaran ini dan tidak mahu dituduh hanya mengikut trend. Anggaplah saya hanya ingin mencuba salah satu lagi cabang seni. Pengalaman merakamkan lagu membuatkan saya kagum dengan mereka yang bergelar penyanyi. Proses rakaman lagu agak rumit dan ini membuatkan saya lebih menghargai mereka," ujar Fahrin ketika ditemui baru-baru ini. Agak-agaknya di mana anda boleh mendengar lagu nyanyian Fahrin ini? Untuk makluman, Fahrin bukanlah mahu beralih arah, sebaliknya hanya menyanyikan lagu tema kepada drama bersiri terbaru di TV3 berjudul 'Rindu Bertamu Di Abu Dhabi' yang turut dibintanginya. Drama terbitan Zeel Production itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam. Tambah Fahrin lagi, dia tidak sangka diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu tema drama 28 episod itu. Walaupun agak gusar untuk memikul tanggungjawab tersebut, namun jelas Fahrin, dia telah mencuba sebaik mungkin dan menggangap tugasan itu sebagai cabaran yang perlu disahut. Selain Fahrin, drama ini turut dibintangi oleh Tasha Shila, Fauziah Ghous, Shahrizal Jaszle, Dato' Rahim Razali dan Lydiawati. Serik Bercinta Dalam pertemuan yang sama, pihak media turut bertanyakan tentang hal peribadi pelakon berusia 34 tahun ini. Ramai yang ingin tahu sama ada Fahrin sudah menemui sinar baru atau kekasih dalam hidupnya kini. Bahkan, Fahrin turut ditanya tentang perancangan menamatkan zaman solonya. Menurut lelaki ini, dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan selepas melalui pengalaman perit sebelum ini. "Peristiwa lalu membuatkan saya lebih matang dalam hidup. Semakin lama, saya rasa lebih selesa hidup sendiri. Tetapi tidak dinafikan kadangkala saya juga berasa risau. Malah ibu saya juga berasa risau. Dia bimbang tidak ada orang yang akan menjaga saya sekiranya saya sakit. Dia berharap saya cepat bertemu jodoh," ujar Fahrin yang tidak menolak kemungkinan meminta ibunya mencarikan jodoh. |
<b>Fahrin Ahmad</b> Avoid Love With Artists | Eyulily.com Posted: 12 Feb 2013 09:25 AM PST center" class="story_image KUALA LUMPUR : Experience with Linda Onn give love and Scha Al-Yahya Ahmad Fahrin makes actors try to refrain from establishing a relationship with a celebrity career women. "Worry is also when I started not too story about life as familiar friends live independently. Recent search:Related posts: |
You are subscribed to email updates from Fahrin Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan