rosyam nor - Google Blog Search |
Panas!! Video: Inilah <b>Rosyam Nor</b> Yang Tidak Sensitif Tentang <b>...</b> Posted: 10 Nov 2012 12:37 PM PST "Bukan niat saya mahu mempersenda sesiapa atau mana-mana stesen televisyen, tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia," kata pelakon popular, Rosyam Nor mengenai kontroversi ketika menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Skrin (ASK2012), malam kelmarin. Dalam persembahan itu, dia menyebut: "Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit, kalau kat TV Alhijrah cuit pun tak boleh." Mengulas mengenai lakonan itu, Rosyam berkata, kata-kata itu bukan disampaikan dengan niat tersembunyi, tetapi meminta maaf jika ada pihak tersinggung dan dia tidak berniat memperkecil stesen TV Alhijrah atau TV3. "Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam. Begitu juga, sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika (Syarikat)," katanya dalam laporan myMetro. Rosyam yang turut menerima anugerah Drama Rantaian Terbaik menerusi penerbitan drama Jangan Ambil Padang Kami menyatakan, insiden yang berlaku malam itu tidak memberi masalah padanya mahupun menerima kritikan negatif selepas acara tamat. "Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri. Begitu juga, saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kamu menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawab, saya takut lupa diri," katanya. Rosyam berharap, peminat mahupun penonton acara itu memahami dengan jelas mengenai mesej disampaikannya. Baginya, penyampaian komedinya nampak santai tetapi serius untuk karyawan seni serta kemajuan industri hiburan tempatan. Walaupun menggunakan dialog sendiri dalam lakonan itu, dia juga berharap pihak tertentu tidak sewenang-wenangnya menulis komen untuk mencari kesilapan artis. Ia dilihat seolah-olah langsung tidak sensitif dan langsung menghina Islam. Rasanya sudah beberapa kali berlaku adegan yang hampir serupa. Antara yang biasa dipersenda ialah hukum bersalaman antara bukan mahram dan aurat wanita. Mereka bukanlah jahil untuk membezakan yang mana halal dan yang mana haram. Tak tahulah apa puncanya. |
You are subscribed to email updates from rosyam nor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan