Nuffnang

Rabu, 13 Februari 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


“Saya Pakai Levi&#39;s Dari Zaman Sekolah Lagi” – <b>Fizo Omar</b> - Ohbulan

Posted: 22 Jan 2013 04:00 PM PST

Fizo Omar Levi's-3

Itulah antara ayat yang diucapkan oleh aktor kacak, Fizo Omar di majlis pelancaran koleksi Levi's® 501® bukan denim yang berlangsung di Hit & Mrs, Bangsar, semalam.

Fizo yang bakal menginjak umur 27 tahun ini turut mengakui bahawa dia mempunyai lebih 25 helai pasang seluar jeans Levi's 501 dalam simpanannya.

"Saya suka jeans Levi's sebab pada saya, saya rasa ia sesuai, selesa dan seronok bila dipakai," ujar pelakon ini lagi.

Jeans Levi's® 501® berperanan penting dalam sejarah fesyen dan dalam tempoh sejarah lebih 140 tahun, ia telah menempa reputasi sebagai ikon budaya pakaian. Dari kalangan presiden hingga ke bintang filem, seniman rock ke ikon fesyen dan pelukis ke perintis teknologi, koleksi Levi's 501 adalah antara jeans yang paling digemari pelbagai lapisan masyarakat dunia.

Menjelang musim Bunga/Panas 2013 ini, jenama Levi's akan menyambut ulangtahun ke-140 bagi jeans ikonik 501 dengan memperkenalkan koleksi Levi's 501 bukan denim buat julung kalinya. Beralih daripada tradisi, ia tetap mengekalkan ciri-ciri asli yang menjadi lambang identiti produk.

Fizo Omar Levi's-6Koleksi bukan denim ini boleh didapati dalam beberapa pilihan warna iaitu true chino, chalk blue and mineral red. Turut diperkenalkan adalah generasi baru jeans Levi's 501 yang menampilkan perubahan bijak pada reka bentuk estetik, disuai padan khusus untuk menepati cita rasa perintis moden hari ini.

Fizo menambah, golongan lelaki sekarang sudah berani menggayakan pakaian dengan warna-warna yang terang. Dia turut mengaku, warna merah jambu juga memberikannya keyakinan yang tinggi untuk berhadapan dengan orang.

"Kalau saya menggayakan warna merah jambu,, saya rasa lebih yakin. Malah bila seorang lelaki itu memakai warna putih, ia menunjukkan mereka seorang yang mempunyai keyakinan tinggi.

"Pada saya, saya suka dress yang simple," tambah Fizo.

Sejak mula direka, jeans Levi's 501 kerap berubah mengikut perubahan setiap generasi baru tanpa menjejaskan identiti warisannya yang tersendiri. Jeans dan seluar non-denim Levi's 501 generasi masa depan, menampakkan bayangan tubuh badan si pemakai lebih mampat, lebih selesa di bahagian pinggang, kocek lebih besar untuk muat masuk smart phone terkini dan yoke pada pinggang yang agak tipis, sekali gus menampilkan kesan estetik yang kemas dan rapi.

Ciri-ciri lain termasuk belt loops (gelung tali pinggang), inseams, buttonholes (lubang butang) dan cuffs yang diperkukuh jahitannya. Kehalusan kerja tangan dan ketulenan merupakan tonggak kemajuan, maka tidak hairanlah mengapa jeans Levi's 501 semakin lama semakin meningkat mutunya. Ia merubah, menyuai padan mengikut bentuk kontur tubuh pemakai bagi menghasilkan jeans klasik yang sempurna, sesuai untuk sesiapa, di mana sahaja pada bila-bila masa.

Fizo Omar Levi's-2

Tidak pernah ada produk lain yang telah ditafsir, digaya atau diimaginasikan semula sehebat jeans Levi's 501. Sepanjang kewujudannya di persada dunia fesyen, ia bukan sahaja dikategorikan sebagai salah satu pakaian yang paling dikagumi, malah ia juga mendapat pengiktirafan Time Magazine's Fashion Item of the 20th Century' dan menjadi sebahagian daripada lanskap visual dan warisan budaya dunia, sekali gus sebagai asas klasik bagi koleksi pakaian seantero dunia.

Levi's ® 501® boleh didapati di kedai-kedai bermula Februari 2013 pada harga antara RM299 hingga RM399. Untuk maklumat lanjut, layari www.levi.com.my atau laman Facebook Levi's® .

Tags: ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan