Nuffnang

Selasa, 5 Februari 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Saya Tak Layak Diperbandingkan – <b>Fizo Omar</b> - Gua.com.my

Posted: 24 Dec 2012 08:00 AM PST

Memegang watak Ali Baba dalam 'Muzikal Ali Baba', Fizo Omar meminta penonton yang hadir menyaksikan pementasan itu supaya tidak membuat perbandingan dengan pelakon asal watak tersebut, Datuk Aziz Satar. Jelas Fizo, sebagai pelakon baru dirinya tidak layak diperbandingkan dengan pelakon veteran itu.

          

"Tak boleh buat perbandingan antara saya dengan Pak Aziz. Saya tidak layak diperbandingkan dengan dia. Namun, sebagai pelakon saya sudah cuba melakukan yang terbaik untuk sampaikan jalan cerita ini. Harap penonton boleh faham bahawa saya bukan seorang pelawak macam Pak Aziz," ujar Fizo mengulas penampilannya dalam 'Muzikal Ali Baba' yang sedang dipentaskan di Istana Budaya sehingga 29 Disember ini.

         

Walaupun tidak mahu dibandingkan dengan Datuk Aziz Satar tetapi Fizo mengakui bahawa dia ada meminjam sedikit idea lakonan yang ditampilkan oleh pelakon asal Ali Baba itu.

         

"Apabila saya mendapat watak ini, saya terus merujuk kepada lakonan yang ditampilkan oleh Pak Aziz. Mula-mula memang saya dibayangi dengan lakonan Pak Aziz. Tetapi lama-kelamaan saya mendapat idea sendiri untuk watak ini.

          

"Saya tidak boleh tiru lakonan dia seratus peratus kerana saya bukan pelawak macam dia. Bagaimanapun, saya ada meminjam sedikit idea lakonan Pak Aziz bagi menggamit kembali nostalgia penonton kepada filem lakonannya itu," jelas Fizo.

                            

Berkongsi cerita tentang cabaran melakonkan watak Ali Baba, Fizo memberitahu dia berasa cukup sukar untuk melakukan gerakan tarian. Malah, mengakui mengambil masa yang agak lama untuk menghafal langkah tarian yang ditunjuk-ajar.

          

"Menari adalah bahagian yang paling susah. Saya bukan seorang yang pandai menari sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk hafal langkah tarian. Selain daripada itu tidak ada masalah. Cuma saya perlu lebih peka apabila bergandingan dengan pelakon-pelakon senior seperti Aznil Nawawi dan Ebby Yus sebab mereka sering tidak mengikut skrip. Kalau saya lalai, bimbang berlaku kesilapan yang boleh menjejaskan pementasan," tambah Fizo.

         

Selain Fizo, Aznil Nawawi dan Ebby Yus, 'Muzikal Ali Baba' turut dibintangi oleh Elfira Loy, Najua P.Ramlee, Aziz M. Osman dan Zarina Raja Lawak. Pementasan ini diarahkan oleh Lokman Ghani yang pernah mengarahkan 'Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa' sebelum ini.

          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan