Nuffnang

Isnin, 18 Februari 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Fizz Fairuz</b> Terus &#39;Lari&#39; - Gua.com.my

Posted: 13 Feb 2013 02:14 AM PST

Cakap tak serupa bikin, itulah yang dilakukan oleh Fizz Fairuz ketika ini. Ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada November lalu, Fizz ada memaklumkan bahawa hubungannya dengan Almy Nadia baik-baik sahaja. 

Malah, pelakon Nur Kasih The Movie ini turut memaklumkan dia belum bersedia untuk memikirkan tentang perkahwinan. Alih-alih, Fizz melangsungkan pertunangan. Bukan dengan Almy Nadia, tetapi dengan wanita bernama Azlyn Massiela yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Menurut sumber, majlis pertunangan itu berlangsung pada Ahad lalu ( 10 Februari) bertempat  di rumah keluarga tunanganya di Taman Pelindong Damai, Beserah, Pahang.

Sehingga kini Fizz masih gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut. Biarpun panggilan ke telefon bimbitnya berjaya, namun ia tidak berjawab. Mungkinkah Fizz enggan menjawab pertanyaan pihak media? Atau dia tidak punya alasan yang munasabah?

Walau apa pun alasan Fizz, GUA berpendapat, dia harus tampil memberikan penjelasan. Jika tidak, peminat akan terus beranggapan dia seorang yang tidak jujur dalam perhubungan.
 
Jom! Lihat beberapa foto pertunangan Fizz dan Azlyn yang tersebar di beberapa blog ketika ini.

Komen Almy Nadia Mengenai Kisah Pertunangan <b>Fizz Fairuz</b> Dan <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 07:22 AM PST

Posted by Azrul Zakuan Tuesday, 12 February 2013
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Komen Almy Nadia Mengenai Kisah Pertunangan Fizz Fairuz Dan Azlyn Massiela | Pada 10 Februari lepas, Fizz Fairuz telah bertunang dengan seorang gadis dari Kuantan, Pahang yang juga ahli kelab peminatnya, Azlyn Massiela Mohd Nazar.

Hari ini Almy melalui Harian Metro menyatakan dia tidak mampu menggambarkan dengan kata-kata tentang pertunangan Fizz dengan wanita itu.

Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.Hanya satu mampu diucapkan, 'pulang paku ke buah keras'. Fikirkan.

Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah.

Almy enggan membuka mulut selagi Fizz belum memberi kenyataan tentang pertunangannya itu. Almy juga menafikan dia mempunyai orang lain yang menyebabkan Fizz membuat keputusan bertunang secara diam-diam.

Almy juga dikatakan menyifatkan hubungan mereka putus kerana dia (Almy) bukan orang kaya.

Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.

Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya.

Buat masa ini saya mahu berdiam diri, tiada sesiapa yang memahami melainkan Allah.

Diharap Almy dapat bertabah dalam menghadapi dugaan ini. Pastinya gadis secantik Almy boleh mendapat pengganti dengan mudah di luar sana. Semoga bertemu dengan yang lebih baik!

Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Artis, Fuh Kontroversi, Fuh Panas

FUH!!! KAMI KONGSIKAN SEGALANYA

Tajuk : Komen Almy Nadia Mengenai Kisah Pertunangan Fizz Fairuz Dan Azlyn Massiela
Ditulis oleh Azrul Zakuan
Rating Blog 5 dari 5

Fuh!! amacam?nak lagi?kalau nak tengok/baca entry macam ni lagi boleh clik pada kategori di sidebar sebelah kanan. Kalau nak copy mohon nyatakan sumber dan backlink kan ke entry ini. http://www.fuh.my/2013/02/komen-almy-nadia-mengenai-kisah.html. Fuh!! Harap maklom .

BERITA ARTIS - <b>Fizz Fairuz</b> Dah Bertunang, Almy Nadia Tak Mahu <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 04:45 PM PST

Bila dihubungi Berita Harian bagi mendapatkan reaksinya kepada berita pertunangan Fizz Fairuz, Almy Nadia memilih untuk memberi laluan kepada Fizz tampil dengan kenyataannya terlebih dahulu. Selepas itu, barulah dia selesa kongsikan komennya.

Jelas Almy, selain enggan dituduh menjaja cerita, dia memberitahu keputusan itu diambil kerana sebelum ini bila dia bersuara "semua kesalahan akan dituding kepadanya."

Mengakui sangat terkejut dengan berita pertunangan Fizz kepada seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, Almy berkongsi hanya mengetahui tentang perkara itu melalui Internet.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, status hubungan Fizz dan Almy cukup mengelirukan.

Dari mulut Fizz sendiri, dia pernah menafikan dakwaan dirinya seorang kaki perempuan dan tiada wanita lain dalam hidupnya selain Almy. [Sumber: Berita Harian, 23 November 2011]

        

Kemudian pada tahun lalu, gara-gara kenyataan Fizz kepada pihak media bahawa dia ingin melamarnya, Almy pula tampil menggambarkan hubungan mereka bagai "retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini". [Sumber: Berita Harian, 20 Mei 2012]

Bila diasak pihak media tentang kenyataan Almy, jika mereka masih bersama, Fizz pula menjawab, "Demi Allah, memang tak ada apa-apa masalah."

Saat ditanya adakah dia akan meneruskan hasratnya meminang Almy, kata Fizz, "Saya tak mahu cakap dan berjanji apa-apa sebab saya seorang yang tak boleh berjanji. Ibu saya akan berangkat ke Tanah Suci 1 Jun ini, jadi saya minta dia doakan yang terbaik. Kita tunggu sajalah nanti, kalau ada, ada-lah." [Sumber: GUA, 24 Mei 2012]

            
             Kredit gambar: Amy Qaseh

Tetapi pada September tahun lalu, Fizz telah memberitahu portal murai, dia dan Almy tidak pernah bercinta. Status hubungan itu hanyalah kawan. Malah ujarnya, "biarlah kami bebas berkawan dengan sesiapa dan saya tak mahu ada istilah bercinta itu kerana sebelum ini jika saya bercinta memang ianya tidak pernah kekal lama."

Lain pula ceritanya bila Fizz ditemuramah GUA sebulan selepas itu. "Saya masih belum bersedia untuk berkahwin. Belum sampai 'seru' agaknya," jelas Fizz. "Bagaimanapun, hubungan saya dengan Almy baik-baik sahaja. Sama seperti dahulu. Kalau ada jodoh di antara kami, pasti kami akan berkahwin juga."

        
         Kredit gambar: Amy Qaseh

Almy enggan lagi cakap tentang kahwin
Bila ditemui baru-baru ini, Almy, 27, ada berkongsi dengan GUA bahawa misi hidupnya kini hanyalah untuk anak perempuannya, Nur Afrina Darwisya yang berusia empat tahun dan dikatakan sangat petah bercakap. Dia tidak mahu lagi bercakap tentang kahwin.

"Saya bahagia di samping anak. Kerja dan hidup saya adalah untuk dia. Saya perlu bekerja keras, cari banyak 'job'. Malah saya ada perancangan untuk memulakan bisnes bagi mencari pendapatan sampingan kerana saya perlu sara anak dan tanggung keluarga."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan