Nuffnang

Isnin, 18 Februari 2013

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Nubhan</b> Pasang Peguam Demi Hak - Gua.com.my

Posted: 12 Sep 2012 09:10 AM PDT

Empat tahun bergelar penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan mengakui dia tidak pernah merasai wang royalti hasil daripada lagu-lagu yang dinyanyikan sebelum ini. Jelas Nubhan, dia tidak pasti ke mana perginya wang royalti itu kerana tidak ada pihak yang menghubunginya bagi memberi penjelasan.

"Sepanjang tempoh menjadi artis, saya tidak pernah mendapat duit royalti. Saya berasa agak terkilan dengan situasi ini kerana ada beberapa lagu saya mendapat sambutan memberangsangkan dan sering dimainkan di corong-corong radio. Setelah beberapa lama memikirkan langkah terbaik, saya kini bersedia untuk memperjuangkan hak saya. Saya tidak mahu terus berdiam diri kerana tidak mahu terus menjadi mangsa keadaan. Saya sudah pun berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pihak pengurusan saya sebelum ini, Artistes United Record Sdn Bhd. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku ketika saya bersama mereka," jelas Nubhan yang ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri RIM baru-baru ini.

Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama untuk memperjuangkan hak, Nubhan memberitahu sebelum ini  dia teragak-agak kerana tidak pasti sama ada boleh menuntut haknya atau tidak.

"Ketika menyertai  Artistes United Record, saya tidak pernah menandatangani sebarang kontrak. Sebab itu saya tidak tahu tentang royalti dan hak-hak yang lain. Bersama mereka, saya muncul dengan album pertama berjudul 'Langkah Nubhan' yang memuatkan beberapa lagu popular seperti Oh! Juwita dan Seadanya Aku. Bukan saya tidak pernah bertanyakan tentang kontrak, tetapi mereka banyak berdolak-dalih. Sebagai orang baru ketika itu, saya tidak mahu buat kecoh kerana bimbang ia boleh menjejaskan peluang saya dalam industri. Jadi, saya banyak bersabar.

Sebaik meninggalkan syarikat pengurusan itu, saya mula terfikir untuk ambil tindakan. Tetapi, saya tidak mahu terburu-buru kerana perlu kumpul bukti. Lebih sukar syarikat itu sudah tidak  beroperasi sekarang ini. Walau bagaimanapun, saya akan ambil tindakan terhadap individu yang bertangungjawab. Peguam pun sudah jelaskan bahawa kami mempunyai kes terhadap individu itu " ulas Nubhan berterus-terang.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berasal dari Negeri Sembilan ini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Picisan. Lagu yang digubah oleh Taja MUH dan liriknya ditulis oleh Ad Samad ini berkonsep pop dan ia sudah pun dimainkan di beberapa stesen radio tempatan.

"Saya tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap lagu ini kerana tidak mahu kecewa nanti. Namun, saya tetap berharap peminat boleh menerima lagu ini dengan baik. Saya gunakan wang sendiri untuk hasilkan lagu ini, termasuklah pembikinan muzik videonya," ujar Nubhan.

Bermula 19 September ini, Nubhan akan terbang ke United Kingdom untuk mengadakan beberapa persembahan sempena sambutan Hari Malaysia. Kunjungannya ke sana adalah atas jemputan komuniti rakyat Malaysia di sana dan dia cukup berbangga dengan peluang tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan