Syamsul Yusof - Google Blog Search |
Pilihan Anda: <b>Syamsul Yusof</b> mula 'lupa daratan' setelah menang <b>...</b> Posted: 05 Feb 2013 09:54 PM PST 2:01 PTG | Posted by Desperado PETALING JAYA: Penerbit filem Skop Production, Datuk Yusof Haslam menyangkal dakwaan kononnya hubungannya tegang dengan anaknya pengarah filem Syamsul Yusof. Yusof berkata, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan dia hanya menggertak Syamsul ekoran sikap lelaki berusia 29 tahun itu yang dilihat seperti melengahkan proses suntingan filem KL Gangster 2. Katanya kepada Harian Metro, dia berbuat demikian bagi meningkatkan motivasi anaknya untuk menghasilkan filem berkualiti. "Saya sayangkan dia (Syamsul), sayangkan masa depannya dan berharap sebelum kaki ini berundur, dia mampu membuktikan layak menerajui Skop Production. "Syamsul perlu tahu, kalau bukan kerana bapanya orang tidak akan mengenalinya," kata penerbit berusia 59 tahun itu. Difahamkan, hubungan dua beranak itu semakin renggang akibat sikap Syamsul yang melenggahkan suntingan filem aksi itu, selain tindakannya membintangi filem berjudul Oh Mak Kau. "Saya tidak tahu kenapa dia menerima tawaran lakonan filem itu. Tindakan tidak matangnya menjejaskan nama sendiri. "Namun sebagai bapa dan majikan, saya sentiasa menyokong selain menasihatinya," katanya. Yusof berkata, Syamsul semakin berubah sikap selepas meraih banyak anugerah. "Sebelum ini, dia mampu siapkan tiga filem setahun termasuk KL Gangster dan Khurafat tetapi KL Gangster 2 sudah mencecah dua tahun pun belum siap," katanya yang merancang untuk menayangkan filem sekuel itu selewat-lewatnya pada Ogos depan. Kata Yusof, anaknya itu perlu memanfaatkan masa sebaik yang mungkin kerana setiap detik adalah pendapatan. "Dia perlu hargai apa yang dimiliki sekarang," katanya. PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Post Berkaitan : HIBURAN, KONTROVERSI, TERKINI Posted by Desperado on 2:01 PTG. Filed under HIBURAN, KONTROVERSI, TERKINI . © 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini. |
You are subscribed to email updates from Syamsul Yusof - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan