Nuffnang

Jumaat, 8 Februari 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Top 5 APBBH 2012, <b>Zizan Razak</b> Dahului Dengan <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 05:30 AM PST

Sebentar tadi, bertempat di Holiday Villa, Subang telah berlangsungnya pengumuman rasmi calon akhir Top 5 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012. Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal Zizan Abdul Razak mendahului finalis lain dengan lapan pencalonan termasuk lima dari Kategori Online. Zizan sekali lagi tercalon dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular yang dimenanginya tahun lepas. Selain itu, beliau akan bersaing bersama Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular bersama-sama Adi Putra, Shaheizy Sam dan juga Bront Palarae.

Untuk kategori wanita pula, Neelofa unggul dengan tiga pencalonan termasuklah kategori Pengacara TV Wanita Popular. Mampukah bintang 'Azura 2012' ini menamatkan penguasaan rakan seperjuangan beliau dalam rancangan Nona iaitu Fara Fauzana yang sudah lama menguasai anugerah ini? Neelofa turut tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Dalam masa yang sama ABPBH 2012 juga menyaksikan kemunculan beberapa nama baru dalam kategori yang agak sengit. Umpamanya, Jihan Raja Lawak tersenarai bersama-sama artis senior yang lain seperti Didie Alias dan Sharifah Shahira untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular.Tidak kurang juga pencalonan semula artis yang sudah lama tidak tercalon dalam peringkat akhir seperti Fahrin Ahmad bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Dato' AC Mizal untuk Pengacara TV Lelaki Popular.

Kategori penyanyi lelaki dan wanita popular tidak menyaksikan banyak perubahan. Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 27 baru-baru ini, Yuna sekali lagi akan bersaing bersama-sama Shila Amzah, Stacy, Jaclyn Victor dan Najwa Latif. Sebut tentang AJL 27, empat finalis AJL 27 iaitu Black & Malique, MOJO, One Nation Emcees dan duo Hafiz & Adira memonopoli pencalonan kategori Artis Duo dan Berkumpulan Popular di samping gandingan Najwa Latif &  Sleeq menerusi lagu "Untuk Dia".

Kehangatan drama bersiri "Vanilla Coklat" nampaknya masih berterusan apabila kedua-dua pelakon utamanya tersenarai kali ini. Aiman Hakim Ridza tercalon untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular manakala Izzara Aishah untuk Pelakon TV Lelaki Popular. Pasangan ini sekali lagi dicalonkan bersama untuk kategori online iaitu Gandingan Serasi di Layar.

Kontroversi yang diraih Emma Maembong nampaknya memberikan rezeki buatnya. Pelakon berbakat ini tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di samping bintang YouTube, Ainan Tasneem.

Berikut merupakan senarai penuh Top 5 ABPBH 2012:

Artis Baru Lelaki Popular
Aiman Hakim Ridza
Izzue Islam
Jimmy Palikat
Shah Iskandar
Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular
Ainan Tasneem
Emma Maembong
Hanez Suraya
Nad Zainal
Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Black/Malique
Hafiz/Adira
Jimmy Palikat/One Nation Emcees
Mojo
Sleeq/Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular
Aizat
Black
Faizal Tahir
Hafiz
Hazama

Penyanyi Wanita Popular
Jaclyn Victor
Najwa Latif
Shila Amzah
Stacy
Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Beto Kusyairy
Fahrin Ahmad
Johan As'ari

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Izzara Aishah
Nabila Huda
Neelofa
Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Bront Palarae
Shaheizy Sam
Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
Lisa Surihani
Maya Karin
Nora Danish
Neelofa
Yana Samsuddin

Artis Komedi Lelaki Popular
Angah
Jepp
Johan
Nabil
Zizan

Artis Komedi Wanita Popular
Aliza Abdullah @ Enot
Didie Alias
Jihan Raja Lawak
Noorkhiriah
Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular
Dato' AC Mizal
Awal Ashaari
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
Adibah Noor
Didie Alias
Fara Fauzana
Neelofa
Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular
AG
Faizal Ismail
Halim Othman
Johan
Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana
DJ Lin
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura

Kategori Online
(Peminat boleh mengundi secara online di http://www.facebook.com/abpbh bermula 10 Januari 2013)

Watak Jahat Dalam Filem atau Drama Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Bront Palarae
Sofi Jikan
Zizan Razak

Gandingan di Layar Serasi
Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
Adi Putra & Nora Danish
Aiman Hakim Ridza & Izzara Aishah
Johan & Zizan Razak
Shaheizy Sam & Yana Samsuddin

Watak Animasi Tempatan Popular
Anak-Anak Sidek
Boboiboy
Upin & Ipin
Kacang
Usop Sontorian

Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial
Aaron Aziz
Shila Amzah
Stacy
Yana Samsuddin
Zizan Razak

Artis Lelaki Stailo
Aaron Aziz
Adi Putra
Awal Ashaari
Shaheizy Sam
Zizan Razak

Artis Wanita Stailo
Lisa Surihani
Melissa Francis
Nora Danish
Stacy
Yana Samsuddin

Artis Asia Paling Popular
Aaron Aziz
Big Bang
Shila Amzah
Super Junior
Zizan Razak

Apa lagi yang anda tunggu, dapatkan naskhah Berita Harian anda sekarang dan undi selebriti pilihan anda masing-masing kerana Bintang Paling Popular ABPBH 2012 akan menerima hadiah utama yang paling mahal dalam sejarah penganjuran ABPBH iaitu sebuah kereta Nissan 3702 Coupe manakala pembaca bertuah dengan bilangan penyertaan terbanyak akan membawa pulang Nissan Almera VC tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

ABPBH ditaja oleh Habib Jewels Sdn Bhd selaku penaja emas. Bakal disiarkan secara langsung di stesen nombor satu negara, TV3 pada 7 April nanti, ABPBH kali ini akan menampilkan tema Ledakan Geometri. Selain disiarkan secara rasmi oleh HotFM, ABPBH juga mendapat tajaan dari Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd, Butik Dewi Sofea Sdn Bhd, Holiday Villa Hotel & Suits Subang, StarCruise Travel Service Sdn Bhd, Empayan Holding Sdn Bhd dan Perbadanan Stadium (M) Sdn Bhd selaku penaja lokasi malam kemuncak ABPBH 2012.

Pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) juga akan diadakan tahun ini dengan format yang berbeza. Peserta hanya perlu memuat naik rakaman video mereka membuat persembahan di laman sesawang perkongsian video terhangat, YouTube. Pertandingan akhir BIBH akan diadakan di lokasi terakhir Jelajah ABPBH 2012 bertempat di perkarangan Stadium Putra Buki Jalil, 6 dan 7 April akan datang di mana mini karnival bersempena Malam Kemuncak ABPBH 2012 akan turut diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan Berita Harian terhadap sokongan berterusan yang mereka terima khususnya dari pembaca setia BH selama ini.

Buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran anugerah ini, Jelajah ABPBH 2012 akan menemui pembaca di Sabah dan Sarawak bermula 24 Februari hadapan. Air Asia merupakan penerbangan rasmi ABPBH 2012. Tunggu kedatangan Jelajah ABPBH ke tempat anda dan ambil peluang untuk beramah mesra dan menghangatkan lagi ABPBH 2012!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan