Nuffnang

Selasa, 26 Mac 2013

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Putus Tunang, <b>Elly Mazlein</b> Enggan Komen - Gua.com.my

Posted: 06 Mar 2013 09:00 AM PST

Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengunci kemas mulutnya ketika diminta mengulas tentang status pertunangannya dengan pengarah filem Azmi Hatta yang dikatakan sedang bergolak. Elly menegaskan dia akan membuka mulut apabila tiba masa sesuai.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur.

"Apabila sampai masanya, saya akan beritahu tentang status kami yang sebenarnya. Buat masa ini saya lebih senang merahsiakannya," ujar Elly ketika ditemui di majlis pratonton filem Awan Dania pada Selasa.

Untuk makluman, Elly dan Azmi Hatta sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun lalu, namun sehingga kini masih belum kedengaran tentang majlis perkahwinan mereka.

Dalam masa yang sama, Elly juga menafikan single terbarunya bersama Kru Music yang berjudul 'Sabarlah Hati' ada kaitan dengan tunangnya itu. Jelas Elly, lagu yang bakal dilancarkan dalam sedikit masa itu bersangkut paut dengan realiti kehidupan yang mungkin terjadi kepada setiap individu yang berada di alam percintaan.

Mengulas tentang peranannya di dalam filem Awan Dania, Elly menceritakan karakternya kali ini berbeza di mana dia perlu  menjadi wanita yang terlebih mengada-ngada.

"Ramai peminat yang suka saya membawakan watak baik, namun sebagai pelakon sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjayakan setiap watak yang dipertanggungjawabkan. Alhamdulillah, Abang Rashid (Rashid Sibir) juga gembira dengan lakonan saya di dalam filem ini," ujar Elly.

&#39;Sabarlah Hati&#39; <b>Elly Mazlein</b> | buahmulut.com

Posted: 12 Mar 2013 11:45 AM PDT

Elly Mazlein merupakan permata seni yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri muzik tanah air. Pelancaran album sulung yang berjudul "Sutera Kasih" pada tahun 1997 merupakan titik tolak bermulanya perjalanan karier seni Elly Mazlein sebagai seorang artis.


HANIZ ZALIKHA

Pernah merakamkan 4 buah album solo dan muncul dengan beberapa single hit seperti "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan", "Janji Kekasih" dan "Bungaku Bakawali" berjaya meledakkan nama Elly Mazlein pada tahap yang tersendiri di dalam industri seni tanah air.

Tahun 2013 adalah satu permulaan baru dan bermakna buat Elly Mazlein apabila sekali lagi tampil dengan single terbaru berjudul "Sabarlah Hati". (Kali terakhir muncul bersama single berjudul "Atas Nama Cinta" pada tahun 2005) Beliau turut memberi sepenuh kepercayaan kepada KRU Music (syarikat rakaman gergasi di dalam industri muzik tanah air) untuk merancang strategi permasaran dan promosi.


HANIZ ZALIKHA

"Sabarlah Hati" merupakan sebuah single berkonsepkan balada yang mendapat sentuhan berbisa Manusia Putih (komposer dan penulis lirik terkenal tanah air). Merasa selesa dengan cinta yang ada bukan jaminan untuk sekali lagi terluka, namun harapan untuk menemui cinta sejati tidak akan berakhir. Berbekalkan lirik yang mendalam dan irama yang menyentuh hati, segala yang tersirat berjaya diekspresikan di dalam "Sabarlah Hati".

"Elly berasa teruja dapat bersama KRU Music dalam mempromosikan single terbaru dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada KRU Music", ujar Elly Mazlein. KRU Music yakin kemunculan Elly Mazlein menerusi "Sabarlah Hati" mampu mengangkat karier seni beliau ke satu tahap yang lebih tinggi sekaligus menarik minat segenap penggemar muzik balada tanah air.


HANIZ ZALIKHA

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

<b>Elly Mazlein</b> Terus Membisu Isu Putus Tunang | buahmulut.com

Posted: 06 Mar 2013 09:00 PM PST

Foto Oleh : FARISH AYUB

Cakap-cakap yang mengatakan Elly Mazlein sudah putus tunang sudah didengari sejak tahun lepas lagi. Tanda tanya tentang statusnya itu sehingga kini berterusan menimbulkan pelbagai spekulasi tentang statusnya yang terkini.


Elly Mazlein

Hal ini berlaku kerana tuan empunya badan sendiri, Elly Mazlein berterusan mengunci rapi akan kisahnya ini. Terbaru Elly yang kami temui di Pavillion sekali lagi enggan memberikan gambaran yang jelas akan statusnya itu.

"Status terkini saya biarlah ianya menjadi rahsia buat ketika ini. Saya semahunya enggan memberikan sebarang komen tentang perkara ini. Bagi saya jika sudah sampai masanya nanti saya akan hebahkanya kepada rakan-rakan media semua."


Elly Mazlein

Namun apa yang menariknya juga Ellu Mazlein sudah pun mengeluarkan singlenya yang terbaru berjudul 'Sabarlah Hati' yang ujarnya ada sedikit berkaitan dengan dirinya.

"Lagu terbaru saya ni iaitu Sabarlah hati saya akui ada sedikit yang bersangkut paut dengan kisah hidup saya. Tapi lagu ini bukan dicipta berdasarkan kisah hidup saya. Sebagai penyanyi saya sekadar menyampaikan apa juga lirik yang diberikan kepada saya" Jelas Elly Mazlein

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan