Nuffnang

Rabu, 27 Mac 2013

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Peminat Teruja Kongsi Idea Dengan <b>Faizal Tahir</b> - Gua.com.my

Posted: 26 Feb 2013 06:30 PM PST

Sempena kelahiran album ketiga Faizal Tahir yang akan berada di pasaran sekitar bulan Mac nanti, penyanyi itu dengan kerjasama Monkey Bone dan pihak pengurusan Faizal Tahir, The Talent Unit (The 8 Unit) telah mengadakan satu program buat penggemar muzik untuk berkongsi idea-idea kreatif bagi memantapkan strategi pemasaran album ini.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti telah menyertai program 'Boot Camp – The Edge and The New Marketing Strategy of Promoting the Album'  ini pada Selasa.

Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan dan mereka dikehendaki membentangkan idea kreatif mereka di hadapan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima, Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Jabatan Pengurusan Artis The 8 Unit, Datin Jacynta Au-Yong dan Faizal Tahir sendiri.

Secara keseluruhan, program ini dianggap berjaya dan terdapat beberapa idea yang mungkin akan diguna-pakai oleh pelantun lagu 'Mahakarya Cinta' ini bagi mempromosikan album terbarunya yang berkonsep rock elektronik.

Ahmad Izham dalam ucapannya berkata bahawa beliau berpuas hati dengan pembentangan daripada pelajar universiti dari pelbagai jurusan ini kerana ada di antara mereka tidak terlibat secara langsung dan tidak begitu mengetahui situasi industri muzik tanah air.

"Walaupun peserta kebanyakkannya datang dari latar belakang yang tidak ada kena mengena dengan muzik, tapi mereka telah membuat satu pembentangan yang bagus.  Idea-idea yang ditonjolkan sungguh bernas," ujar Ahmad Izham.

Selain pelajar tempatan, program ini turut menarik perhatian pelajar antarabangsa untuk sama-sama menyumbang idea untuk album terbaru Faizal Tahir.

Pelajar dari Universiti SEGI yang berasal dari Indonesia, Irfan Muhammad Wikaputra, 21, berkata dia telah dipilih oleh pihak universiti untuk menyertai program ini. Menurut Irfan, sebelum ini dia tidak begitu mengenali Faizal Tahir.

"Program ini sangat bermakna buat saya kerana saya berpeluang berkongsi idea di hadapan nama-nama besar seperti Encik Ahmad Izham Omar dan Faizal Tahir. Selain itu, saya juga berpeluang bertemu dengan selebriti Malaysia yang belum pernah saya temui sebelum ini," kata Irfan.

Bagi pelajar jurusan Perhubungan Awam Universiti Teknologi Mara Shah Alam,  Mohd Iman Imani, 24, dia memang merupakan peminat Faizal Tahir dan telah agak lama menanti penyanyi kesayangannya itu tampil dengan album terbaru.

"Saya memang peminat Faizal Tahir dan saya harap dengan adanya program seperti ini, sekurang-kurangnya saya dapat menyumbangkan sesuatu buat Faizal Tahir. Lagipun, strategi pemasaran kini begitu berbeza dengan dulu. Sekiranya diberi lebih masa, kami pasti dapat membentangkan lebih banyak idea kreatif," ujarnya teruja.

Pelajar jurusan Akaun dari Universi Tenaga Nasional, Siti Eva Aman, 23 turut menyuarakan keterujaannya dapat berkongsi idea bagi memasarkan album penyanyi kesayangannya itu. Menurut Eva, dia baru mengetahui bahawa proses memasarkan dan mempromosikan album bukanlah sesuatu yang mudah.

"Setelah berbincang dengan pakar-pakar dalam industri muzik, barulah saya tahu begitu rumit proses mempromosikan album. Jadi sebagai peminat, kita tak seharusnya hanya 'pandai bercakap'," ujar Eva.

Tambahnya lagi, dengan adanya program seperti ini, peminat akan lebih rasa dihargai apabila penyanyi kesayangan mereka mengambil kira pendapat dan idea daripada peminat-peminat.

Untuk makluman, idea asal program ini daripada Faizal Tahir sendiri. Walau bagaimanapun, kriteria dan pemilihan peserta ditentukan oleh pihak penganjur Monkey Bone dan The 8 Unit dengan kerjasama GUA sebagai portal rasmi.

<b>Faizal Tahir</b> Sedia Hilang Peminat Demi Kelainan - Gua.com.my

Posted: 28 Feb 2013 09:01 PM PST

Berani tampil dengan genre yang berbeza untuk album terbarunya, Faizal Tahir mengakui dia bersedia kehilangan segelintir peminat jika ada yang tidak menyukai konsep rock elektronik yang ditonjolkan.

"Saya sedia maklum bahawa saya mungkin kehilangan peminat dengan lahirnya album ketiga ini. Kalau boleh memang saya berharap dapat mengekalkan peminat sedia ada, tapi apabila kita buat sesuatu yang baru, tidak semua akan gemarkannya. Bagaimanapun, saya mungkin mendapat peminat baru yang sukakan genre ini," ujar Faizal Tahir ketika ditemui pada program boot camp bersama peminat baru-baru ini.

Berkerjasama dengan Audi Mok,Omar K dan Mike Chan, menurut Faizal album ketiganya itu sangat berisiko tinggi untuk dipasarkan. Namun, penyanyi ini percaya setiap perkara yang berisiko tinggi pasti mempunyai pulangan yang setimpal.

Mengulas tentang program 'Boot Camp – The Edge and The New Marketing Strategy of Promoting the Album' yang diadakan baru-baru ini, Faizal menjelaskan program itu diadakan bertujuan untuk mendapatkan idea-idea kreatif bagi memantapkan strategi pemasaran albumnya itu.

Program yang memperlihatkan pelajar-pelajar universiti seluruh negara berkongsi idea-idea kreatif ini dianggap berjaya kerana mereka hanya diberi waktu yang sangat singkat untuk membuat persediaan.

"Kebanyakan pelajar-pelajar ini membentangkan idea-idea yang umum. Namun,saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya sedar, sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam industri muzik, saya harus meluangkan lebih banyak masa dengan mereka untuk menerangkan situasi sebenar industri muzik sekarang ini," ujar Faizal yang turut menyatakan bahawa idea untuk mengadakan program ini hanya datang beberapa minggu sebelum program ini dijalankan.

Tambah Faizal, dia suka dengan idea daripada satu kumpulan yang menyarankan Faizal agar mempromosikan albumnya ke seluruh negara.

"Sesi jelajah bagi mempromosikan album telah lama hilang dalam industri. Ia merupakan perkara asas tetapi tidak mudah dilaksanakan. Kebelakangan ini hanya Yuna dan kumpulan Hujan yang saya lihat telah menggunakan pendekatan ini untuk mempromosikan album mereka", ujar Faizal lagi.

Faizal turut percaya bahawa setiap idea yang baik harus sejajar dengan bajet bagi melaksanakan idea tersebut dengan jayanya.

Untuk makluman, album ketiga Faizal dijangka berada di pasaran sekitar bulan Mac ini.

<b>Faizal Tahir</b> Bersedia Kehilangan Peminat | MyNewsHub

Posted: 01 Mar 2013 01:40 AM PST


Tampil berbeza untuk album terbarunya, Faizal Tahir mengakui dia tidak kisah apabila bakal kehilangan segelintir peminatnya kelak.

"Saya sedia maklum bahawa saya mungkin kehilangan peminat dengan lahirnya album ketiga ini.

"Kalau boleh memang saya berharap dapat mengekalkan peminat sedia ada, tapi apabila kita buat sesuatu yang baru, tidak semua akan gemarkannya," jelas Faizal yang dipetik dari Gua.com.my, di sini, hari ini.

Menurut Faizal, album ketiganya itu sanggat berisiko tinggi untuk dipasarkan.

Namun, penyanyi ini percaya setiap perkara yang berisiko tinggi pasti mempunyai pulangan yang setimpal.

Untuk makluman, album ketiga Faizal dijangka berada di pasaran sekitar bulan Mac ini.

Antara komposer yang terlibat dalam menjayakan albumnya itu adalah Audi Mok, Omar K dan Mike Chan.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan