Sara Ali - Google Blog Search |
- Drama Cinta Kau Dan Aku TV1 | Fizz Fairuz & <b>Sara Ali</b> <b>...</b>
- Shortpant <b>Sara Ali</b> Di Shout Awards Menimbulkan Keghairahan <b>...</b>
- Bukan Saya Ghairah, Atau Dia Ghairah – <b>Sara Ali</b> | OHBULAN!
Drama Cinta Kau Dan Aku TV1 | Fizz Fairuz & <b>Sara Ali</b> <b>...</b> Posted: 09 Mar 2013 08:33 AM PST Bismillahirrahmanirrahim :) Bagi peminat novel pasti dah baca kan NOVEL CINTA KAU DAN AKU ni? Novel ni rasanya ku baca time form 3 kat hostel.3 years ago. hehe. Novel ni seriusly tak rugi baca. Time part lawak memang gelak Time part sedih memang boleh menitiskan air mata jugaklah paling takpun memang sedihh laaa.. So seperti trend movie/drama zaman sekarang novel ni telahpun didramakan di TV1. SINOPSIS NOVEL CINTA KAU DAN AKU |
Shortpant <b>Sara Ali</b> Di Shout Awards Menimbulkan Keghairahan <b>...</b> Posted: 23 Nov 2012 06:51 PM PST Sebab kenapa kami mahu sangat pergi ke majlis anugerah muzik besar yang dianjurkan di Malaysia ini bukan kerana kemeriahanya yang tidak seberapa, tapi lebih ingin melihat gelagat selebriti yang cuba meraih sedikit publisiti dengan sengaja mahu menimbulkan kontroversi untuk lebih dikenali. Jika di AIM Shila Amzah dengan mudah memohon maaf diatas keterujaanya mencium tangan ibarat Shanaz itu sudah sah menjadi suaminya kali ini di Anugerah Shout Awards kelihatan Sara Ali di kritik oleh peminat akibat pemakaian Shortpantnya. Tapi kenapa hanya Sara Ali? Apa yang menjadikanya lebih menarik hal ini menimbulkan keghairahan penonton apabila Hashtag Sara Ali menjadi trending di twitter mengalahkan artis-artis yang lebih popular darinya. Pelbagai kecaman & kritikan diberikan kepada artis remaja ini diantaranya berbunyi : "Mungkin bukan masanya lagi untuk Sara Ali berjubah atau bepurdah. Mengubah sesuatu mestilah ikhlas dari hati. Terpaksa pun tidak berguna" "Sara Ali fikir hot ahh pakai shortpants cenggitu .Defukk ahh -,- nama islam so beragak ah sikit -,-" Tapi yang lucunya ramai juga yang yang tidak mengenali siapa itu Sara Ali, Jadi keputusan Sara untuk memakai Shortpant adalah 'bertepatan' untuk dirinya lebih dikenali selepas ini. "Siapakah Sara Ali tu? Aku yg ketinggalan zaman atau dia tu bukan artis?" Hakikat yang harus kita terima pada dewasa ini ialah, tanpa pakaian yang seksi maka sebarang majlis berprestij untuk menghargai individu industri ini tidak akan meriah. p/s : Lebih gambar Sara Ali dengan Shortpant kami lepaskan di link ini [Selanjutnya] Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !! |
Bukan Saya Ghairah, Atau Dia Ghairah – <b>Sara Ali</b> | OHBULAN! Posted: 28 Nov 2012 08:21 PM PST Tidak sampai seminggu pun lagi selepas Shout Awards 2012 menutup tirainya dengan persembahan dan kemenangan oleh artis-artis berbakat dan popular. Seperti biasa, anugerah berprestij yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon ini juga tidak terlepas dari tempias gosip yang sentiasa menjadi 'makanan ruji' para pengikut industri hiburan. Terbaru, sebuah blog hiburan tempatan menyiarkan artikel mengatakan 'shortpant' Sara Ali telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada penonton dan peminat. Antara reaksi dari peminat termasuklah komen-komen negatif mengatakan Sara tidak sensitif sehinggakan namanya menjadi 'trending topic' di Twitter mengalahkan artis-artis lain. Ketika dihubungi sebentar tadi, Sara menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan apa yang orang katakan di laman Twitter. "Tweet is a tweet. Saya tak respon dari isu ataupun dari 'tweet' orang lain," tegas Sara merujuk pada komen negatif terhadapnya di Twitter. Sara yang juga merupakan salah seorang pelakon filem 'Songlap' hanya menganggap ini semua adalah perkara biasa yang harus ditempuhnya.
"Standard la orang duk bercakap pasal kita. Saya tahu saya salah. Lagipun saya malas nak ambil tahu. Saya dah buat apa yang patut dan kali ini saya dah tersalah buat," jelas pelakon berumur 22 tahun ini. Dalam pada itu, melalui respon peminat yang lain, ramai juga yang tidak bersetuju dengan isu 'shortpants' Sara Ali. Berbanding dengan 'shortpants' yang dipakai Sara, OHBULAN! lebih tertanya-tanya respon peminat dibawah pentas ketika Shout Awards 2012 diadakan. Ada tak mana-mana selebriti yang memakai gaun pendek atau skirt 'terbelanja' peminat? |
You are subscribed to email updates from Sara Ali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan