Nuffnang

Rabu, 27 Mac 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Lelaki kelakar terapi <b>Fida Ibrahim</b> – Perak Today

Posted: 15 Mar 2013 02:35 AM PDT

Walaupun dikenali dengan imej bertudung dan berperwatakan lemah lembut, namun selebriti cantik, Fida Ibrahim tidak terlepas dari diduga dengan pelbagai kontroversi.

Sedia maklum mengenai hubungannya bersama pelawak, Mamat Sepah, yang sudah berakhir, namun Fida atau nama sebenarnya, Rafidah Ibrahim, 26, tidak mengunci pintu hatinya untuk lelaki lain.

Pun begitu, pilihan Fida masih lagi mengutamakan lelaki dari kalangan pelawak dengan memilih pelakon komedi, Zalif Sidek, sebagai pengganti.

Akui Fida, dia lebih menyenangi lelaki berperwatakan kelakar dan periang. Malah, mengenali lelaki dalam kalangan itu mampu memberi terapi dalam kehidupannya.

"Memang saya mudah tertarik dengan lelaki yang suka berlawak jenaka dan periang. Jenaka mereka mampu membuatkan saya lupa akan masalah yang ada.

"Secara tidak langsung, ia boleh menjadi terapi untuk saya dalam melupakan seketika segala masalah.

"Lagipun, saya lebih selesa berkawan dengan orang kelakar yang boleh buat saya ketawa. Namun, persamaan antara Mamat dan Zalif, hanyalah kebetulan," katanya yang baru sahaja menganjurkan majlis doa selamat untuk wira negara yang terkorban di Lahad Datu, baru-baru ini.

Dimaki kerana Zalif

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya yang baru berputik bersama Zalif, baru-baru ini, Fida akui keterbukaan itu nyata membawa lebih kekusutan.

Sejak hubungan mesra itu diketahui umum, Fida dikatakan telah diganggu wanita yang mengaku dirinya sebagai kekasih Zalif.

Bukan itu sahaja, malah Fida turut diganggu dan dihambur kata-kata kesat serta maki-hamun berikutan hubungan baru terjalin itu.

"Ia memberi pengajaran buat saya supaya berhati-hati dalam perhubungan. Walaupun saya tidak pasti siapa wanita itu, namun cukuplah setakat ini.

"Malah, sejak peristiwa itu, saya lebih selesa menganggap Zalif sebagai kawan biasa sahaja. Masa majlis doa selamat yang saya anjurkan baru-baru ini, Zalif turut menghadirinya.

"Tiada yang istimewa antara kami lagi dan saya tidak terikat dengan mana-mana lelaki buat masa ini" kata pelakon drama bersiri Kasih Alia ini.

Fokus nyanyian

Sejak tampil menerusi lagu duet, Apo Kono Eh Jang bersama, Datuk AC Mizal dan Stellar Band, nama Fida semakin mendapat perhatian.

Malah, populariti lagu yang pernah dipopularkan oleh Ally Nor dan Mastura itu turut membuka pelaung rezeki buat Fida dalam bidang nyanyian.

Terbaru, Fida akan berkolaborasi bersama Datuk AC Mizal dan Qalam Band menerusi lagu dialek Perak, Wan Lebor.

Selain itu, dua lagi single Fida bersama Qalam Band dan Edri Hashim bakal menyusul tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, atas rezeki dari-Nya. Insya-ALLAH, kemungkinan dalam bulan Ogos atau selepas raya, saya akan tampil dengan album baru. Kini, saya dalam proses untuk mengeluarkan single dan mengumpul material.

"Buat masa ini, saya menolak tawaran lakonan seketika untuk memberi keutamaan kepada nyanyian dan perniagaan minuman kesihatan, misai kucing.

"Selain itu, saya juga terlibat dalam beberapa persembahan dan program belia. Mungkin selepas segalanya selesai, barulah saya mula berlakon balik," katanya mengakhiri perbualan.

- SINAR HARIAN

Blog Gadis Kampung: <b>FIDA IBRAHIM</b> MENJAUHKAN DIRI DARI <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 10:20 PM PST

Sebelum ini hangat mengatakan zalif bercinta dengan Fida penyanyi "apo kena eh jang"..GK tengok fida nie bagus la..dia memilih pakwe bukan kerana rupa tapi Fida lebih selesa memilih lelaki yang kelakar...sebelum ini mamat sepah sekarang nie mat saja pulak(watak dalam bini-bini ku gangster)..
Apa-apa pun GK nak ucapakan tahniah semoga berkekalan...

 Tapi adatlah dalam bercinta baru-baru nie GK terbaca kat Ohbulan yang Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 26 telah diserang oleh seorang wanita yang mengaku sebagai teman wanita Zalif Sidek dan berikutan insiden tersebut, Fida dikatakan telah mula menjauhkan diri serta enggan membalas BBM (mesej BlackBerry) yang dihantar oleh pelakon lelaki tersebut.
Pihak OHBULAN! telah mendapatkan Zalif dan bertanyakan lebih lanjut mengenai status terkini hubungannya dengan Fida.Adakah mereka masih berkawan ataupun sudah membawa haluan masing-masing?"Status saya dengan Fida masih lagi berkawan baik seperti mana saya berkawan dengan orang lain. Walaupun saya tahu sekarang ini dia banyak berdiam diri, tetapi saya tetap akan tegur dia kalau kami terserempak di mana-mana majlis.""Saya tidak akan bermusuh dengan dia. Saya akui setiap orang mempunyai kesilapan dan kami pun masing-masing ada buat salah.""Mungkin kami baru sahaja berkawan, jadi saya belum sempat nak berterus terang dekat dia semua perkara yang pernah saya lalui sebelum ini. Dengan siapa saya berkawan dan dengan siapa saya pernah rapat, semua itu saya belum sempat nak kongsi sebab masing-masing sibuk bekerja.""Mungkin ini adalah pengajaran buat saya untuk tidak terlalu terbuka menceritakan kepada umum mengenai hubungan rapat kami."

Gambar HOT!! <b>Fida Ibrahim</b> tak kisah DICIUM jantan... ~ MPP Online

Posted: 31 Jan 2013 08:00 AM PST


Nama artis ni memang jadi sebutan selepas kemunculannya dalam video klip lagu "Apo Kono Eh Jang" bersama Ac Mizal.. Memang sedap beb suara Fida ni dalam lagu tu..

Dengan liuk lentuk tarian yang dikatakan separa seksi.., Fida dah buat banyak jantan-jantan kabaret diluar sana gila bayang beb..

Tapi malangnya.., jantan didalam gambar bawah ni memang beruntung dapat cium Fida.., dikhalayak ramai pulak tuu.. Huhh!!! Memang melampau!!!

Korang tak percaya??? Jom tengok gambar yang confirm bukan superimposed ni beb.. Mamat Sepah mesti meleleh hingus bila tengok ex-girlfriend dia kena cium macam tu... Huhuhu...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Tiada ulasan:

Catat Ulasan