Nuffnang

Jumaat, 1 Mac 2013

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Tak Maki Aku!

Posted: 08 Jun 2011 02:48 AM PDT

Dunia BLOGGER sekali lagi digemparkan dengan kemarahan Gambit Saifullah!
Yup! Last time, AC Mizal bengang ngan BLOGGER neyh.. AC Mizal hanya menasihatkan supaya BLOGGER berjaga-jaga je dengan post-post mereka..
Hah, Sekarang, darah muda yang bengang ngan korang semua.. Memang dapat hadiah makian la korang!
Jangan pulak semua BLOGGER terasa.. Gambit hanya menujukan kepada mereka yang berkenaan je!
Bukan kamu! Bukan saya! Bukan anda!
Tapi, mereka yang lantang mengkritik Video clip nyanyian Prema Yin yang dibuatnya..
Actually, saya neyh BLOGGER di atas pagar.. Saya tak nak lah amek tau pasal itu semua! Tapi, rasanya.. Saya juga perlu memberi sedikit pendedahan kepada member-member BLOGGER lain..
Ya la beb! Nanti dorang terikut kelakuan BLOGGER yang suka jaga tepi kain orang, amcam? Nanti kena saman, amcam? 
Memang kita semua bebas memberikan pendapat dan kebebasan bersuara memang termaktub dalam perlembagaan..
Tapi, kena tengok jugak apa yang kita suarakan tuh!
Saya menyelami dunia BLOGGER neyh untuk berkongsi pendapat dan memberikan info yang menarik kepada pembaca dan kalau boleh, menyedarkan pembaca..
Di samping berkongsi pengalaman hidup, saya juga berkongsi semua yang saya rasa perlu dikongsikan..
Yup, kisah hidup kita, siapa nak baca? Come on la beb! Even kita bukan artis, kita ada member-member yang nak baca..
So, tak salah nak kongsikan kisah hidup kita..
Bukan nak beri info yang merapu dan membuat orang lain bengang..
Sebelum tuh, korang saksikan video clip yang Gambit buat.. Video clip nyanyian Prema Yin tu dikatakan terlalu menghairahkan dan kurang sesuai dengan budaya rakyat Malaysia..
Okay, mengikut pengamatan saya, sungguh, terdapat babak-babak yang agak kurang sesuai untuk kanak-kanak..
Kalo orang dewasa, relax je la kot..
Pendapat saya mengatakan, Gambit membuat clip yang sedemikian untuk memecahkan pasaran antarabangsa..
Kita sibuk-sibuk kritik buatan Malaysia.. Buatan barat yang mengisi HITZ dan MTV tuh yang menari macam lipas kudung dedah sana, dedah sini, kita suka pulak..
Ya la.. Dia orang Malaysia.. Saudara kita.. Kita patut bagi nasihat..
Bagi nasihat kat diri sendiri dulu.. Jangan tengok benda-benda 18SX..
Ada bran?
Dalam hal neyh, kita tak boleh nak salahkan Gambit sorang je..
Orang yang kritik patut memberikan kritikan yang bermanfaat.. 
Patut menggunakan cara yang berhemah dan berkesan agar Gambit terus berkarya dan berhati-hati dalam setiap karyanya..
Ini tak, dah la dia panas membakar, yang korang simbah ngan gasoline apesal?
Bukan senang nak berkarya kat negara islam neyh.. Ada adengan lucah sikit, dah gempar satu negara..
Saya bukan nak cakap apa.. Kadang-kadang, ada orang Malaysia neyh terlalu paranoid..
Itu tak boleh, ini tak boleh, ape pun tak boleh!
Tapi, tak nak ukur baju di badan sendiri.. Tak nak cermin diri sendiri..
Kesalahan orang, semua dia nak cari.. Kesalahan sendiri, buat-buat lupa..
Nasihat la baik-baik.. Jangan marah-marah.. Saya yakin, kalo kita bagi dia nasihat yang baik, dia akan terima dengan hati terbuka..
Banyak pulak mamat neyh merapu..
Itu la susahnya kalo tengah marah, di batu apikan lagi..
So, kepada member-member BLOGGER yang masih berada di landasan yang betul, jangan bersedih..
Korang teruskan BLOGGING dan kongsikan ilmu dan benda yang bermanfaat kepada pembaca anda..
Jangan termakan hasutan Syaitan BLOGGER okay!
Alamak, apesal aku tertaip Syaitan BLOGGER?
Lu Pikir La Sendiri!
Hope Gambit Saifullah segera berubah.. Semoga dapat belajar menepis krtikan dengan lebih bijak lagi..
BLOGGER-BLOGGER yang berkenaan pulak, hope anda dapat memberikan kritikan dengan cara berhemah..
"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha untuk mengubah nasib mereka.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan