Nuffnang

Jumaat, 1 Mac 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Sangkal Dakwaan Aibkan Aidil Di Media | OHBULAN!

Posted: 26 Feb 2013 08:08 PM PST

Rita Rudaini

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon cantik, Rita Rudaini Isnin lalu yang menyatakan dirinya masih lagi menyayangi Aidil Zafuan selagi pemain bola sepak tersebut sah sebagai suaminya, Aidil telah tampil mempersoalkan kenyataan tersebut menerusi sebuah portal online.

Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya? Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik. Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak.

Namun begitu, menerusi sebuah laporan yang berlainan hari ini, Rita telah menyangkal dakwaan tersebut dan mempersoalkan mengenai gosip Aidil dengan beberapa wanita lain sebelum ini.

Kalau dia kata saya aibkan dia, daripada segi apa? Saya sudah pun menjaga tingkah laku saya sebagai perempuan, ibu dan isteri. Sebelum ini, dia yang banyak dikaitkan dengan beberapa wanita lain. Kalau tidak benar, kenapa nama dia banyak dipetik dan bukannya saya?

Malah orang di luar sana yang sering datang menyampaikan khabar kepada saya tentang kononnya mereka ternampak Aidil keluar dengan perempuan lain. Pada saya pula, apa gosip yang berlaku selepas krisis rumahtangga kami, itu adalah urusan Aidil dengan Allah SWT. – dipetik dari Murai.com

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan