Nuffnang

Jumaat, 1 Mac 2013

Mila Jirin - Google Blog Search

Mila Jirin - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Mila</b> Kecewa Dengan Album Kedua - Gua.com.my

Posted: 18 Feb 2013 08:00 AM PST

Ke mana menghilangnya Mila Jirin? Mungkin persoalan ini pernah bermain di minda anda. Untuk pengetahuan semua, penyanyi berusia 25 tahun ini sedang sibuk dengan perniagaan yang diceburinya sejak dua tahun lalu.
 
"Alhamdulillah, buat masa sekarang Mila sangat bersyukur kepada Allah kerana telah membuka peluang untuk Mila terus berjaya dalam bidang perniagaan. Tahun ini, Mila sekali lagi diberi peluang untuk membantu menjayakan karnival 'Wow Putrajaya'.Buat pengetahuan anda semua, perniagaan Mila ini lebih kepada pengurusan acara dan untuk ke sekian kalinya, Mila akan membantu karnival ini dari segi susun atur acara program.

Tahun lalu, Mila juga berpeluang membuat perkara yang sama seperti apa yang Mila lakukan untuk tahun ini. Cuma bezanya tahun ini, Mila tidak membuat persembahan. Mila hanya akan terlibat dengan kerja-kerja di belakang tabir sahaja," ujar Mila.

Sementara itu, Mila turut meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila album kedua yang dipasarkan pada tahun lalu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

"Album kedua yang dipasarkan pada tahun lepas tidak mendapat sambutan yang baik. Malah lagu-lagu dalam album itu juga tidak diputarkan ke stesen-stesen radio tempatan. Bagaimanapun, Mila telah bersedia menghadapi situasi ini memandangkan industri muzik  sekarang  ini memang agak lemah. Penjualan album tidak memberangsangkan kerana ketika ini muncul banyak medium alternatif  yang membolehkan peminat memuat turun lagu secara percuma," luah Mila ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mila menafikan dia telah berputus asa untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

"Berputus asa tidak sesekali kerana ini adalah pilihan Mila sejak mula-mula menceburkan diri dalam dunia hiburan. Mila akan terus berusaha sehingga berjaya. Sekarang ini Mila sudah menyiapkan sebuah 'single' terbaru. Namun judulnya belum ada lagi sebab Mila mahu siapkan klip videonya dahulu," ujar Mila lagi.

Bercerita tentang  kehidupan peribadinya, Mila memberitahu ketika ini dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Jelas penyanyi kecik molek ini, buat masa ini dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu.

"Mila masih solo dan tidak ada kekasih lagi. Biarlah Mila fokus kepada kerjaya dahulu. Apabila sudah sampai masanya, Mila akan umumkan kepada semua. Kini Mila lebih bahagia hidup bersama keluarga. Lagipun Mila hendak melihat adik-adik Mila berjaya dahulu barulah Mila akan fikirkannya tentang perkara lain," ujar Mila.

Dalam perkembangan lain, Mila juga akan muncul dalam filem 'Kami  Histeria' yang akan ditayangkan dalam sedikit masa lagi. Selain Mila, filem ini turut menampilkan Diana Danielle, Sarah Ali, dan Nad Zainal.

Dengarkan Breakdown single terbaru <b>Mila Jirin</b>

Posted: 27 Dec 2011 10:20 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan