Nuffnang

Sabtu, 9 Mac 2013

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Pierre Andre</b> Kahwin Bulan 6 - Gua.com.my

Posted: 04 Mar 2013 05:29 AM PST

Pengarah dan pelakon berbakat Pierre Andre memberitahu GUA dia bakal menamatkan zaman bujangnya Jun ini jika tiada aral melintang. Menurut Pierre, dia tidak mahu melambatkan pernikahannya dengan gadis berusia 25 tahun itu kerana ingin mengelakkan fitnah.

"Kalau boleh saya nak nikah dengan dia secepat mungkin. Bukan apa, bila saya dah berhijrah ini saya rasa saya perlu nikah dengan dia supaya orang tak bercakap tentang kami. Bila hubungan kami tak ada ikatan, orang mudah menilai kami," ujar Pierre.

Gadis yang bernama Siti Nurhidayah Hashim itu sudah pun dikenalinya sejak setahun yang lalu. Bertunang sekitar awal Februari tahun ini, Pierre turut memberi penjelasan berkenaan dakwaan kononnya dia merahsiakan pertunangannya itu dari pengetahuan pihak media.

                    

"Saya tak ada niat pun nak sorok benda ini dari media. Cuma memang asalnya kami nak buat antara keluarga sahaja. Tapi sekarang tahulah dengan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas," jelas Pierre yang menerima jodohnya itu sebagai ketentuan Illahi.

"Lagipun dalam perkahwinan itu nikah yang penting. Saya akan jemput dan uar-uarkan tarikh pernikahan saya nanti kepada pihak media. Saya faham yang selebriti seperti saya memerlukan pihak media khususnya dalam memberitahu peminat dan orang di luar sana bahawa saya sudah berkahwin," tambah pengarah filem "Chantek" ini.

Menurut Pierre, beliau sudahpun memulakan urusan persiapan perkahwinannya itu. Namun begitu, Pierre memberitahu yang beliau hanya akan menjalankan upacara akad nikah Jun ini manakala resepsi akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Pierre ditemui di Majlis Pratonton filem terbaru arahannya, "Cerita Kita" bertempat di TGV Sunway Pyramid sebentar tadi.

Artikel berkaitan:
Pierre Andre Dah Bertunang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan